Loading...

Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul

Loading...
Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul
link : Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul

Baca juga


Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul

/ Dr Kamarul Zaman Yusoff,


 



27 Februari lalu Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari itu memutuskan bahawa semua empat parti dalam Pakatan Harapan akan menggunakan logo sama dari salah satu logo parti di dalam PRU 14.

6 Mac lalu pula Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari itu memberi tempoh seminggu kepada semua empat parti dalam Pakatan Harapan untuk menentukan logo sama yang akan digunakan di dalam PRU 14.

Khabar terbaru adalah Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, 3 April, akan mengumumkan logo sama ini di mana kononnya Pakatan Harapan akan menggunakan logo PKR tetapi DAP akan diberikan pengecualian khas untuk menggunakan logonya sendiri.

Jika benar DAP akan diberikan pengecualian khas untuk menggunakan logonya sendiri maka makin terbuktilah dominasi DAP di dalam Pakatan Harapan sehingga ia boleh membatalkan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 27 Februari lalu.

Apa yang nyata ialah, berdasarkan perkara ini dan beberapa perkara lain seperti kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah semalam bahawa Tun Dr Mahathir juga turut terikat dengan Manifesto Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir telah hilang kawalan ke atas Pakatan Harapan.

Sudahlah tempoh seminggu daripada 6 Mac, iaitu 13 Mac, yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir untuk menentukan logo sama ini telah jauh dilangkaui, pada akhirnya, jika benar ia begitu, ia mundur ke belakang dengan memberikan pengecualian kepada DAP pula.

Sama-sama kita tunggu kebenaran spekulasi ini nanti, tetapi, jika benar ia begitu, terpaksalah kita akui kehebatan DAP berpolitik sehingga ia boleh membuatkan Tun Dr Mahathir yang saban hari melaungkan keperluan menggunakan logo sama ini terus tunduk kepadanya.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).




Thus Article Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul

Itulah artikel Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/gagal-umum-satu-logo-bukti-dap-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gagal Umum Satu Logo Bukti DAP Kuasa ‘Veto’ Pakatan Harapan – Dr Kamarul"

Catat Ulasan

Loading...