Loading...

Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula

Loading...
Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula
link : Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula

Baca juga


Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula


KUANTAN: Perjuangan membela rakyat dan membantu Barisan Nasional (BN) tetap diteruskan walau tidak disenarai sebagai calon, demikian kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini, tempat beliau di kawasan yang disandangnya sejak lima penggal digantikan oleh Penyelaras DUN Muadzam Shah, Ir Razali Kassim.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN Pahang bagi PRU14 di Yayasan Pahang di sini hari ini, Maznah berkata beliau menerima pengguguran itu dengan berlapang dada kerana yakin pimpinan tertinggi parti mempunyai alasan terbaik atas keputusan yang dibuat.

"Prinsip saya mudah, yakin dengan pemimpin dan sebab itu tiada istilah kecewa di dalam hati apabila tidak dicalonkan semula. Jadi, apabila sudah tiba masanya, kita perlu berundur dengan baik," katanya.

Maznah berkata selaku naib ketua dan ketua penerangan UMNO Bahagian Rompin, beliau akan membantu penggantinya dengan berkempen dengan sesungguh hati sebagaimana ketika menjadi calon dahulu bagi memastikan calon BN menang.

"Saya akan mula menggerakkan jentera penerangan sebaik tempoh kempen bermula dan fokus kepada isusemasa dan menerangkan mengenai manifesto BN," katanya.

Selain Maznah, dua lagi penyandang yang tidak dicalonkan semula ialah Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail dan Datuk Lau Lee, masing-masing di DUN Pulau Tawar dan DUN Damak.

Bagi Dr Ahmad Shukri, beliau sememangnya bersedia dengan keputusan itu kerana telah menyatakan hasrat untuk tidak lagi bertanding sejak pilihan raya umum yang lalu.

Katanya beliau gembira apabila hasratnya didengar pucuk pimpinan dan yakin calon baharu akan tampil dengan 'tenaga' bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan itu.

"Saya juga akan membantu kempen jentera parti untuk memastikan DUN Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut terus kekal di bawah BN," katanya yang digantikan oleh calon muka baharu Nazri Ngah. #sumber


Thus Article Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula

Itulah artikel Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/drshukri-maznah-tetap-setia-bantu-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula"

Catat Ulasan

Loading...