Loading...
Tajuk : DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat
link : DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat
DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat
MALAYSIAKINI
Selepas hampir empat dekad, penyanyi terkenal Datuk DJ Dave merakam semula dua lagunya ‘Kawan Setia’ dan ‘Negaraku Tercinta’ bagi menerapkan semangat kesetiaan dalam kalangan rakyat.
Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh berkata dua lagu itu, yang diberi sentuhan baharu oleh komposer terkemuak S.Atan, dimuatkan dalam album khas Nada Ritma Negara - Kawan Setia.
Beliau berkata album berkenaan, yang akan diedarkan secara percuma, diterbitkan Pejabat Penasihat Perdana Menteri bersama-sama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih.
"Album ini diilhamkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memetik bait-bait lirik lagu ‘Kawan Setia’ yang amat bermakna pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 tahun lepas.
"Sehubungan itu, pihak Pejabat Penasihat Perdana Menteri bersama-sama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih menjalinkan kerjasama untuk mengembangkan hasrat perdana menteri bagi menyemai nilai-nilai kesetiaan dalam kalangan masyarakat negara ini," katanya selepas melancarkan album khas itu di ibunegara semalam.
Pada Perhimpunan Agung Umno 2017, Najib menjadikan bait-bait lagu bertajuk 'Kawan Setia' sebagai satu perlambangan untuk menggambarkan hubungan akrab beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Khairil Annas berkata album itu turut memuatkan klip video dan boleh ditonton serta didengari di semua platform media termasuk media sosial secara percuma dalam masa terdekat.
Beliau berharap album khas itu dapat memberi impak positif kepada kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.- Bernama
Thus Article DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat
Itulah artikel DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/dj-dave-rakam-semula-dua-lagu-pupuk.html
0 Response to "DJ Dave rakam semula dua lagu, pupuk kesetiaan rakyat"
Catat Ulasan