Loading...

Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA

Loading...
Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA
link : Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA

Baca juga


Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA

MALAYSIAKINI
   
Walaupun MCA mengisytiharkan Naib Presidennya Hou Kok Chong sebagai calon BN bagi kerusi parlimen Tebrau, Umno pada masa sama turut menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi itu.

Ini selepas Umno juga meminta empat kerusi parlimen MCA - Kuantan, Wangsa Maju, Lumut dan Bandar Tun Razak - pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Sumber Umno tempatan berkata Umno berpeluang memenangi Tebrau dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak masih belum mengumumkan senarai calon BN.

Sumber itu menambah bahagian Umno Tebrau bersedia menukarkan kerusi Puteriwangsa bagi mendapatkan Tebrau.

Puteriwangsa adalah salah satu daripada dua kerusi DUN di bawah parlimen Tebrau.
"Hanya MCA umumkan Hou sebagai calon Tebrau. Tetapi kepimpinan pusat BN belum umumkan sebarang senarai calon.

"Memandangkan Puteriwangsa adalah majoriti Cina, lebih baik diberikan kepada MCA. Dan lebih baik biarkan Umno bertanding di kerusi majoriti Melayu Tebrau."

"Kami telah mengemukakan beberapa cadangan. Salah satu pilihan adalah untuk menukar Puteriwangsa bagi mendapatkan Tebrau yang mana Umno mempunyai senarai nama calon berpotensi," kata sumber kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Difahamkan "pertukaran kerusi" itu membabitkan usaha Umno memujuk MIC melepaskan Puteriwangsa kepada MCA dan selepas itu MCA memberikan jalan bagi Umno di Tebrau.

Sumber itu berkata walaupun Hou bukan anak jati Tebrau, akar umbi Umno akan memberikan sokongan sepenuhnya sekiranya kepimpinan BN pusat memutuskan untuk mencalonkannya.

"Hou masih Bangsa Johor manakala (calon) PKR Steven Choong dilahirkan di Ipoh," katanya.
Hou berasal dari Kluang yang terletak kira-kira 100km dari Tebrau.

Ketika dihubungi, ketua bahagian Umno Tebrau Maulizan Bujang enggan mengulas lanjut.

Tebrau terdiri daripada 47 peratus Melayu, 39 peratus Cina dan 11 peratus pengundi India pada suku keempat 2017.



Thus Article Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA

Itulah artikel Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/di-saat-terakhir-umno-mahukan-tebrau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Di saat terakhir, Umno mahukan Tebrau dari MCA"

Catat Ulasan

Loading...