Loading...

Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!

Loading...
Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!
link : Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!

Baca juga


Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!

Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah. | Assalamualaikum wbt. Semua orang menganggap semua bengkak atau ketulaan yang wujud di sekitar leher itu adalah bengkak tiroid. Ye, memang betullah tu sebab kebanyakan bengkak tiroid memang begitulah cirinya. Akan tetapi, korang kena ingat dan tahu yang bengkak tiroid berada di hadapan leher. Bukan di tepi, bukan di belakang.

Confius ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!
Confius ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah! Sumber Google  

Macam cikla sendiri, dulu cikla mempunyai bengkak di hadapan sebelah kiri dan ketulan d sebelah kanan tiroid. Seingat cikla, bengkak masa tu almost 5 cm jugaklah, dan sebelah kanan pulak 2 cm. Memang sebelum ni (masa ada bengkak), kalau cikla duduk kat depan cermin mesti belek-belek leher yang bengkak tu. Tapi takdelah terfikir sampai ke tahap kanser kan. Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Walau apapun, cikla bersyukur sebab bertindak awal. Dah selamat operation pun... Alhamdullilah! 

Macam mana nak check leher kalau ada bengkak tiroid? 

Sebenarnya, ada beberapa langkah atau tip macam mana kita nak check bengkak kelenjar tiroid di leher kita. Senang je. Jom kita tengok langkah demi langkah. 

Confius ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!
Confius ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah! Sumber Google.  

Apa yang korang perlukan adalah segelas air dan cermin. 

Langkah 1 : Lihat pada cermin. Sebelum tu, tanggalkan semua aksesori yang ada di leher korang terutamanya scarves dan sebagainya sebab nak bagi jelas keadaan leher korang tu. Fokus pada kawasan hadapan leher korang (di atas tulang selangka atau collarbone dan halkum atau adam's apple bagi lelaki) sebab di kawasan inilah kelenjar tiroid korang berada. 

Langkah 2 : Sambil korang melihat pada bahagian leher terbabit, dongakkan sedikit kepala korang ke belakang. 

Langkah 3 : Ambil segelas air tersebut  minum dan telan. 

Langkah 4 : Sambil menelan tu, lihat pada bahagian leher. Periksa kalau ada sebarang pembesaran di kawasan ini bila korang menelan. 

Langkah 5 : Jangan lupa merasa di sekeliling leher juga untuk mengesan kalau-kalau ada sebarang pembesaran, benjolan atau ketulan. 

*Korang boleh ulang langkah 1-5 beberapa kali sehingga korang berpuas hati dengan pemerhatian korang. 

Langkah 6 : Kalau korang mengesan atau merasa sebarang pembesaran yang luar biasa, benjolan atau ketulan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Korang mungkin mempunyai pembengkakan kelenjar tiroid atau nodul tiroid. Apa yang dirisaukan sama ada bengkak tersebut benign atau melignan yang mana terdapat sel kanser. Bagi cikla, ada bengkak risiko mendapat kanser tu ada walaupun tak semestinya. Jangan ambil ringan risiko walaupun ia kecil. Nauzubillah. 

Bertindaklah seawal mungkin supaya ia boleh dirawat segera. Peluang untuk sembuh sepenuhnya lebih besar, InshaAllah.

Semoga bermanfaat.

Kredit Page Mary Anne Pennington.



Thus Article Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!

Itulah artikel Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/confius-ada-tak-bengkak-di-leher-jom.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!"

Catat Ulasan

Loading...