Loading...

Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor

Loading...
Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor
link : Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor

Baca juga


Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor


SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyiarkan penerbitan artikel menghasut berkaitan institusi diraja Selangor, 11 Januari lepas.

Badrul Hisham atau Chegubard, 40, yang juga bekas ketua PKR cabang Rembau, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerbitkan 7 perkara menghasut itu menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya atas nama Chegubard di Jalan Kuarza 7/9, Seksyen 7, kira-kira pukul 5 petang, 11 Januari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama iaitu denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Jika kesalahan sama dilakukan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 5 tahun.

Timbalan pendakwa raya Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendali kes itu memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain tiada sebarang dokumen perjalanan dikeluarkan kepada Badrul Hisham sehingga kes selesai.

Katanya ini kerana tertuduh sepatutnya didakwa semalam namun Badrul Hisham tidak dapat dikesan sehingga tengah malam tadi menyebabkan terpaksa ditangguh ke hari ini dan sikap tertuduh dilihat seperti cuba mengelak untuk dibawa ke mahkamah.

Peguam tertuduh, Muhammad Nor Izzat Nordin berkata anak guamnya bersedia menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah dan memohon jaminan dikurangkan antara RM3,000 hingga RM5,000.

Hakim Rihaida kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan kes akan disebut semula pada 16 Mei ini. #sumber


Thus Article Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor

Itulah artikel Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/chegubard-di-dakwa-tuduhan-terbit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor"

Catat Ulasan

Loading...