Loading...

Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!

Loading...
Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!
link : Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!

Baca juga


Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!

Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur! | Assalamualaikum wbt. Cikla memang peminat tegar buah kedondong ni. Boleh dikatakanlah, kalau cikla pergi pasar lepas tu nampak buah ni, memang terus beli tanpa berfikir dua belas kali. Hehe. Tengok punyalah minat, sampai macam tu sekali kan. Tapi, kalau yang jenis jeruk tu cikla kurang sikit lagi-lagi kalau jeruk yang 'ubatnya' kuat sangat. Kalau jeruk Pak Ali ke atau jeruk buat sendiri tu cikla tak tolak. Mesti nak rasa walaupun sikit... Rasanya buah kedondong ni senang nak cari kot, dan dia bukanlah buah bermusim. Kalau dia nak berbuah, yeee dia berbuah. Tak tentu, ikut mood dia... Hehe... 

Untuk pengetahuan korang, buah kedondong atau nama saintifiknya Spondias cytherea merupakan sebahagian daripada buah-buahan tropika dari keluarga Anacardiaceae. Cara nak tanam pokok ni adalah dengan menggunakan kaedah biji, keratan, tut dan benih cantuman. Nak tanam pokok kedondong ni takdelah sesusah mana, sebab dikatakan biji buah kendondong akan cepat bercambah iaitu kurang dari satu bulan. Manakala, pokok dari benih tut pulak boleh menghasilkan buah dalam masa setahun, dan benih dari bijinya pulak kira-kira 4 tahun. 

Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur! 

Rasanya semua orang tahu yang buah kedondong adalah berbentuk seperti bola ataupun berbentuk bulat lonjong panjang. Ia berwarna hijau masa muda dan bertukar menjadi kekuningan ataupun oren bila dah masak. Masa muda, rasanya sudah tentu masam dengan isi yang agak keras tapi rangup, manakala bila sudah masak ia lebih kepada rasa masam-masam manis dengan biji yang keras, berduri dan berserabut. 

Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!
Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!

Rasanya semua buah sudah tentu ada khasiatnya yang tersendiri terutama untuk kesihatan dan kecantikan. Nak tau tak? Jom baca perkongsian menarik berikut :

Bagi mereka yang mengalami masalah batuk yang susah nak sembuh, apa kata korang cuba makan buah kedondong kerana ia dipercayai mampu menyembuhkan dan melegakan batuk. Kalau nak lebih berkesan, makan buah kedondong dengan garam pink himalaya. Dulu, cikla pun suka makan macam ni, tapi guna garam biasa je. Sedap!

Orang mengandung kalau nampak buah ni, lepas tu tak dapat makan memang ngences lah (bak kata orang jowo) babynya nanti. Haha. Sampai begitu sekali penangan buah ni kan. Kalau nampak, memang automatik terus teringin nak makan. Kecur liur terus tau... Kalau buat jeruk, pastikan gunakan bahan semulajadi seperti cuka buah supaya lebih sihat.

Kalau yang ni pun cikla suka, campur buah kedondong dalam rojak buah. Ya Allah, sedapnya. Tengah tulis ni, terus teringin... Ada orang suka buat kerabu atau salad. Tapi, yang bab kerabu tu cikla tak pernah rasa. Mungkin rasanya macam kita makan kerabu mangga tu kot. Masam-masam, manis, pedas.. Semua ada. Yummy.. I like!!!

Buah kedondong dikatakan mampu melancarkan sistem pencernaan badan dan ia mempunyai kandungan serat dalam anggaran 0.83-3.60 mg untuk 100 gram. So, ia teramat bagus untuk korang yang kurang mengambil makanan berkhasiat.

Buah kedondong juga digunakan sebagai ubat sakit perut. Dengar macam pelik kan, sebab kalau ikut logik kan buah kedondong ni masam. Kalau dah masam, mesti boleh cetuskan sakit perut. Betul tak? Tapi, tunggu dulu. Korang kena cuba, baru tau betul ke tak. Caranya pun senang je. Korang rebus buah kedondong yang dibersihkan dan dipotong dua dengan 2 cawan air bertapis selama lebih kurang 15 minit  bersih.  Kemudian, air rebusan ini 2 kali sehari. Jangan lupa suamkan dulu. InshaAllah, ia mungkin dapat membantu masalah yang korang hadapi.

Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!
Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!

Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!
Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!

Buah kedondong kaya dengan zat besi dan sumber antioksidan yang tinggi selain ia mengandungi vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata korang. Selain itu, buah ini amat baik untuk kesihatan jantung dan kaya dengan zat galian yang lain sekaligus ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Dengan adanya vitamin C di dalam buah kedondong ini jugak dapat membantu mencantikkan kulit muka dan badan korang. Kandungan vitamin B1 di dalam buah kedondong boleh membantu sel darah merah dan oksigen di dalam tubuh. So, korang yang mempunyai masalah kurang darah elok consume buah ni, selain mereka yang mempunyai masalah kandungan kolesterol tinggi.

Akhir sekali, buah ini dikatakan dapat mengurangkan penyakit sariawan atau ulser. 

Yang cikla beli ni muda sikit, sebab tu bijinya tak bersabut dan boleh dikunyah sekali sebab lembut. So, apa lagi. Korang dah tau khasiat buah kedondong ni kan. Jom makan buah kedondong... 

Kredit SINI dan SINI 



Thus Article Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!

Itulah artikel Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/buah-kedondong-tengok-pun-dah-kecur-liur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Buah kedondong : Tengok pun dah kecur liur!"

Catat Ulasan

Loading...