Loading...

Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?

Loading...
Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?
link : Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?

Baca juga


Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?


KUALA LUMPUR: Dengan sekelip mata, kawasan Parlimen Serdang bukan sahaja ditukar nama tanpa tujuan yang jelas, ia juga diperluas sehingga menjadi kawasan paling besar di Malaysia dengan bilangan pengundi mencecah 178,790 orang.

Ia diikuti Damansara (dahulu PJ Utara) dengan 164,322 pengundi; Klang, dengan 149,348 pengundi dan Kota Raja dengan 149,021 pengundi.

Penyandang kerusi Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming; justeru mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah gagal dalam tanggungjawab untuk mematuhi prinsip satu orang satu undi yang adil dan munasabah.

“Jumlah pengundi di P102 Bangi adalah empat kali ganda pengundi di P92 Sabak Bernam (40,863 pengundi) yang juga berada di tangga ke-10 parlimen terkecil di Semenanjung Malaysia.

“P102, di mana saya telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan, telah menewaskan P109 Kapar sebagai Parlimen terbesar di Malaysia,” katanya.

Kapar merupakan kerusi parlimen terbesar pada PRU tahun 2013.

Menurut beliau lagi, 10 kerusi yang paling besar setelah persempadanan semula SPR semuanya disandang parti pembangkang.

Sebaliknya, 10 kerusi Parlimen paling kecil segi bilangan pengundi kesemuanya dimenangi oleh BN pada PRU 2013. Lapan daripadanya dimenangi UMNO.

“Kita hanya boleh mempunyai pelaksanaan persempadanan semula yang adil dan telus jika kita mempunyai badan SPR yang bebas dan ini hanya boleh dicapai melalui kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14.

“Mengikut tafsiran tanpa unsur berat sebelah mengenai prosedur dan garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan, jika persempadanan semula dilakukan oleh badan SPR yang bebas, ia akan mengurangkan jurang perbezaan bilangan pengundi antara kerusi dan menghasilkan sistem pilihan raya Malaysia yang lebih adil,” jelas beliau lagi.

Persempadanan Semula oleh SPR telah dibuat secara tergesa-gesa dalam sidang Dewan Rakyat terakhir Mac lalu dengan mengenepikan bantahan-bantahan oleh orang ramai.

Ia dilihat sebagai senjata UMNO-BN bagi memenangi PRU14 yang bakal berlangsung pada 9 Mei nanti. #sumber


Thus Article Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?

Itulah artikel Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/bagaimana-bangi-jadi-kawasan-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?"

Catat Ulasan

Loading...