Loading...
Tajuk : Asri kritik Hanipa ‘persoal’ Tuhan seperti dialog P Ramlee
link : Asri kritik Hanipa ‘persoal’ Tuhan seperti dialog P Ramlee
Asri kritik Hanipa ‘persoal’ Tuhan seperti dialog P Ramlee
Mufti Perlis berkata kenyataan wakil rakyat Amanah itu mempersoalkan Tuhan dan tidak patut dikeluarkan.
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin turut bantah kenyataan ‘kalau saya Tuhan’ oleh Hanipa Maidin.
“Kenyataan ‘kalau saya Tuhan, aku takkan ciptakan kamu’, maksudnya kita kritik Tuhan, yang Tuhan ciptakan itu tak patut.
“Kalau bermaksud, contohnya, ‘kalau aku jadi kamu, aku tak pergi’. Apa maksud kita? Maksudnya keputusan kamu pergi itu tidak betul.
“Pada sisi ‘aku’… takpa kita kata kat kawan. Tapi takkan nak kata kat Tuhan,” katanya dalam sebuah ceramah baru-baru ini.
Asri turut mengaitkan ucapan Hanipa itu dengan sepotong dialog dalam filem P. Ramlee, “Ibu Mertuaku”.
“Dialog P.Ramlee ‘kenapakah tuhan jadikan engkau manusia’ tak betul.. salah,” katanya.
Khamis lalu, sesi petang Dewan Rakyat kecoh ketika perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Anti-berita Tidak Benar, selepas Hanipa menyerang Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang mencelah ucapannya.
“Kalau saya Tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu (Azeez).
“Sebab saya tak Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu,” kata Hanipa dalam kenyataan yang dikutuk pemimpin Umno lain.
Ahli Parlimen PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kemudian meminta Hanipa menarik balik kenyataan itu yang disifatkan “tidak cantik dan manis”.
Hanipa bagaimanapun enggan menarik balik kenyataannya.
Thus Article Asri kritik Hanipa ‘persoal’ Tuhan seperti dialog P Ramlee
Itulah artikel Asri kritik Hanipa ‘persoal’ Tuhan seperti dialog P Ramlee Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Asri kritik Hanipa ‘persoal’ Tuhan seperti dialog P Ramlee dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/asri-kritik-hanipa-persoal-tuhan.html
0 Response to "Asri kritik Hanipa ‘persoal’ Tuhan seperti dialog P Ramlee"
Catat Ulasan