Loading...
Tajuk : Ahli PPBM keluar parti golongan minoriti - Pengerusi Amanah Kedah
link : Ahli PPBM keluar parti golongan minoriti - Pengerusi Amanah Kedah
Ahli PPBM keluar parti golongan minoriti - Pengerusi Amanah Kedah
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Ahli PPBM Alor Mengkudu yang mengumumkan keluar parti semalam hanya golongan minoriti, kata Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.
Malah beritahu Ismail, bekas ahli PPBM itu adalah mereka yang dikenalpasti sudah lama memberontak berikutan mahukan partinya memiliki kerusi DUN Alor Mengkudu.
Ismail kemudiannya menegaskan, kelompok yang bertindak keluar parti itu adalah minoriti bukannya majoriti dalam PPBM Kedah.
"Dari segi organisasi kawasan atau bahagian PPBM tidak bersetuju dengan golongan minoriti, segelintir ini. Tapi mereka dakwa bahawa dah ada 15 PDM (Pusat Daerah Mengundi), semua jentera. Golongan ini memberontak dari dulu (kerana) nak kerusi ini.
"Golongan ini adalah golongan minoriti, tidak diterima oleh PPBM kawasan pun," katanya menjelaskan kepada Antarapos, hari ini.
Ismail juga tidak menolak keputusan keluar parti itu ada kaitan dengan kecewa berikutan tidak dipilih sebagai calon mewakili PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tetapi segelintir sahaja, bukan ramai. Segelintir ahli PPBM dan juga yang tidak berahli ada yang gila nak bertanding. Bila dia jadi gila nak bertanding dia tidak kira perbincangan kerusi peringkat negeri untuk Amanah.
"Jadi dia nak bertanding juga maka dia nak lah. Jadi dia bentuk kumpulan-kumpulan dia dengan menggunakan duit," katanya lagi.
Semalam (Jumaat) lebih 4000 ahli PPBM dilaporkan keluar parti selepas memprotes pencalonan Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebagai calon di DUN Alor Mengkudu.
Kesemua mereka kemudiannya dilaporkan memasuki Umno Barisan Nasional (BN) dan berazam untuk membantu parti itu menang pada pilihan raya kali ini.
"Mana ada 4000, kalau 40 orang mungkin. Keseluruhan ahli PPBM Alor Setar tak sampai lebih kurang itu pun, 1,000 saya ingat. Sekitar itu saja," jelas Ismail.
Jurucakap kelompok yang didakwa minoriti itu, Muhamad Rizal Zainol Abidin berkata pihaknya kecewa kerusi DUN itu diserahkan kepada Amanah walaupun PPBM hampir dua tahun menyiapkan jentera di sana.
Mengulas perkara itu, Ismail berkata kerusi itu sememangnya diperuntukkan untuk Amanah sejak daripada awal.
"Dari segi pentadbiran dan organisasi daripada PPBM mengiktiraf bahawa kerusi ini adalah kerusi Amanah.
"Dari hari pertama (PPBM iktiraf) ia kerusi Amanah. Memang mereka (bekas ahli PPBM) bekerja untuk nak kerusi itu, tapi mereka ini dengan bahagian (PPBM) dia pun dia bertembung (selisih pendapat).
"Daripada hari pertama, sekitar bulan 7 tahun lepas. Dari hari pertama perbincangan kerusi Alor Mengkudu ialah diperuntukkan untuk Amanah. Dari hari pertama sampai hari terakhir, semalam. Maknanya kerusi itu memang kerusi Amanah, tidak ada sesiapa yang minta, PPBM pun dari segi perbincangan kerusi tidak pernah minta, DAP apatah lagi. Memang kerusi Amanah," ujarnya.
Semalam Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebagai calon DUN Alor Mengkudu sementara Datuk Mahfuz Omar akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena di bawah tiket parti serpihan PAS itu.
Amanah akan bertanding tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Terap, Pokok Sena dan Sik, selain 10 kerusi DUN di negeri ini.
Thus Article Ahli PPBM keluar parti golongan minoriti - Pengerusi Amanah Kedah
Itulah artikel Ahli PPBM keluar parti golongan minoriti - Pengerusi Amanah Kedah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ahli PPBM keluar parti golongan minoriti - Pengerusi Amanah Kedah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/ahli-ppbm-keluar-parti-golongan.html
0 Response to "Ahli PPBM keluar parti golongan minoriti - Pengerusi Amanah Kedah"
Catat Ulasan