Loading...

Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi

Loading...
Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi
link : Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi

Baca juga


Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan terdapat usaha menghadkan kuasa Majlis Syura Ulama oleh pihak tidak bertanggungjawab yang kini memimpin Amanah beberapa tahun lalu bagi memperkukuhkan kerjasama dengan DAP.
 
Presiden PAS itu berkata, pihaknya mendapati golongan terbabit cuba melakukan pindaan perlembagaan parti melalui sebuah jawatankuasa yang bernaung di bawah Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) Pas.
 
“Tindakan mereka dikesan dan mendapati ia sama sekali bercanggah dan mencabuli Perlembagaan parti bahawa Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa tertinggi yang boleh membatalkan sesuatu keputusan yang diputuskan di peringkat Pusat.
 
“Mereka ini cuba menyentuh satu dasar yang dipegang PAS sejak sekian lama bagi membolehkan  kerjasama dengan DAP dapat diteruskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Pokok Sena di sini hari ini.
 
Yang turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.
 
Menurutnya, kumpulan terbabit cuba membawa usul pindaan perlembagaan berkenaan tetapi usul tersebut ditolak sebelum Muktamar PAS 2015. 
 
“Usul terbabit bertujuan menghadkan kuasa Majlis Syura Ulama dengan hanya boleh menasihat, bukannya seperti sekarang iaitu membuat keputusan. Malah cubaan mereka untuk memperoleh kuasa juga gagal apabila kalah apabila ditolak perwakilan,” jelasnya.
 
Dalam perkembangan lain, Hadi turut memberitahu, calon PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-14 bagi seluruh negara akan diumumkan serentak pada 19 April.
 
 


Thus Article Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi

Itulah artikel Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/ada-cubaan-hadkan-kuasa-ulama-dalam-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ada cubaan hadkan kuasa ulama dalam PAS, dedah Hadi"

Catat Ulasan

Loading...