Loading...
Tajuk : 10 AKU JANJI MANIFESTO BN SELANGOR
link : 10 AKU JANJI MANIFESTO BN SELANGOR
10 AKU JANJI MANIFESTO BN SELANGOR
Wartawan Watan-Online
‘Barisan Nasional (BN) Selangor pada Ahad melancarkan manifesto yang menggariskan 10 perkara dengan merangkumi 100 inisiatif utama kepada rakyat negeri ini jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Manifesto bertemakan ‘Better Selangor Yakinlah. BN Lebih Baik!’ itu turut menggariskan lima matlamat utama yang ditawarkan kepada rakyat negeri ini iaitu Kestabilan Politik dan Pentadbiran Negeri Berprestasi Tinggi, Keselamatan, Kesejahteraan dan Kemakmuran Rakyat, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Mesra Pengguna, Ekonomi Berkembang Maju, Mampan, Inovatif dan Berdaya Saing di peringkat Global serta Kesepaduan Rakyat Tonggak Utama Kelestarian Pembangunan Sosioekonomi Negeri.
Manakala 10 perkara terkandung dalam manifesto itu adalah perkhidmatan awam berprestasi tinggi, ekonomi berkembang maju, mampan dan inovatif, perumahan sejahtera dan mampu milik, kecemerlangan pendidikan dan modal insan, infrastruktur dan kemudahan asas mesra pengguna serta kesejahteraan belia, wanita dan masyarakat majmuk.
Manifesto BN Selangor turut menggariskan pengangkutan awam cekap dan mampu bayar, keselamatan dan ketenteraman awam, kesihatan berkualiti dan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat bandar.
Antara inisiatif fokus dalam manifesto itu ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sektor kerajaan ditanggung sepenuhnya, pembinaan 50,000 unit rumah mampu milik, pembinaan 6,000 unit rumah transit, sebanyak 10 peratus insentif pembelian rumah pertama bawah RM200,000, pendidikan Sekolah Rendah Agama (SRA) percuma, Universiti Selangor (Unisel) dinaiktaraf universiti awam, dana khas rumah sewa mahasiswa, sekolah tahfiz dan RM2,000 bantuan khas kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
BN Selangor juga berikrar akan memuktamadkan segera penstrukturan semula industri air demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat Selangor, pemberian 20 meter padu air percuma dan rebat penggunaan bawah 40 meter padu, insentif bantuan pengurusan jenazah, insentif perkahwinan 50 peratus sewaan dewan kerajaan negeri, Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi pasukan bola sepak Selangor, mewujudkan sebuah bandar belia serta penyediaan pekerjaan baharu pesara.
Turut ditawarkan kepada rakyat Selangor ialah dana khas bantuan tambang sekolah keluarga B40 dan dana khas bantuan memiliki lesen motosikal, litar perlumbaan motosikal di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pusat dialisis percuma di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), bayaran 20 sen kepada pengguna yang membawa beg sendiri ke kedai atau pasaraya yang mengenakan bayaran plastik, saman dan kompaun tertunggak kesalahan penjaja atau peniaga kecil serta trafik PBT dihapuskan, serta kemudahan taska dan tadika di setiap perumahan kos rendah atau sederhana.
BN Selangor turut membuat aku janji menambah 10,000 wifi hotspot, dana khas pembangunan dan pembayaran bil air serta elektrik rumah ibadat berbilang kaum, perkhidmatan bas sekolah percuma di Program Perumahan Rakyat (PPR), dana khas penyediaan pusat transit pelajar, dana khas penyelenggaraan SRA dan Sekolah Agama Menengah, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil serta Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina.
Selain itu, turut diwujudkan pusat dialisis setiap DUN, subsidi penukaran merer pukal kepada persendirian rumah PPR dijadikan rumah sewa beli, serta program perumahan belia, imam, siak dan penjawat awam Selangor.
Manifesto itu dilancarkan Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar. Hadir sama pada Majlis Pelancaran Manifesto BN Selangor ialah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Pengerusi MyPPP Selangor, Datuk Seri Maglin D’Cruz dan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
Pada majlis itu BN Selangor turut memperkenalkan lagu ‘Selangor Tersohor’ khusus untuk PRU-14.
Thus Article 10 AKU JANJI MANIFESTO BN SELANGOR
Itulah artikel 10 AKU JANJI MANIFESTO BN SELANGOR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 10 AKU JANJI MANIFESTO BN SELANGOR dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/10-aku-janji-manifesto-bn-selangor.html
0 Response to "10 AKU JANJI MANIFESTO BN SELANGOR"
Catat Ulasan