Loading...
Tajuk : Warga emas tertekan pedal rempuh pam minyak
link : Warga emas tertekan pedal rempuh pam minyak
Warga emas tertekan pedal rempuh pam minyak
ANTARAPOSMELAKA: Seorang wanita warga emas dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya merempuh pam di sebuah stesen minyak di Ayer Molek di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, pam minyak yang dirempuh terbalik lalu menghempap sebuah kenderaan lain, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Sebelum itu, kereta Proton Saga dinaiki warga emas berusia 60-an terbabit bersama anak perempuannya berumur 20 tahun, memasuki stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol.
Saksi bekerja di stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, beberapa pelanggan lain sedang mengisi petrol, manakala warga emas terbabit menunggu di dalam kereta sementara anaknya membuat pembayaran di kaunter.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat pam minyak berkenaan terbalik lalu menghempap kereta lain di pam sebelah.
"Mujur tiada sesiapa tercedera. Kejadian berlaku sangat pantas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad, berkata sejurus menerima panggilan pada jam 12.13 tengah hari, sepasukan lapan anggota bomba meliputi komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Ismail, dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, setiba di sana, anggota bomba mendapati sebuah kereta Honda City dihempap pam minyak tetapi tiada mangsa yang cedera.
"Kejadian berlaku apabila pemandu Proton Saga itu dipercayai tertekan pedal minyak lalu merempuh pam berkenaan.
"Pihak bomba kemudian mengalihkan kenderaan terbabit dan menutup saliran pam bagi mengelakkan berlaku aliran keluar minyak," katanya.
Thus Article Warga emas tertekan pedal rempuh pam minyak
Itulah artikel Warga emas tertekan pedal rempuh pam minyak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Warga emas tertekan pedal rempuh pam minyak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/warga-emas-tertekan-pedal-rempuh-pam.html
0 Response to "Warga emas tertekan pedal rempuh pam minyak"
Catat Ulasan