Loading...
Tajuk : Warga emas ditahan dakwa anak luar nikahnya ialah bayi buangan
link : Warga emas ditahan dakwa anak luar nikahnya ialah bayi buangan
Warga emas ditahan dakwa anak luar nikahnya ialah bayi buangan
Lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai 6 anak itu, akhirnya mengaku bayi berkenaan dilahirkan teman wanitanya menggunakan khidmat bidan kampung.
AFP pic
PETALING JAYA: Seorang warga emas ditahan semalam selepas tindakannya cuba menipu polis dengan mendakwa anak luar nikahnya ialah bayi buangan, terbongkar.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Abdul Ghani Mohamad Ji dipetik Harian Metro berkata, anggota di Balai Polis Serdang mengesyaki kesahihan maklumat diberikan lelaki berusia 60 tahun itu yang tampil membuat laporan palsu dengan membawa seorang bayi.
Katanya, suspek pada mulanya mendakwa dia menemui bayi lelaki bertali pusat itu ditinggalkan dalam sebuah kotak di atas but keretanya, selepas dia berjoging di taman rekreasi Bandar Tun Razak, Cheras, pada 5.30 pagi semalam.
Beliau berkata, warga emas yang sudah berkahwin dan mempunyai 6 anak itu, akhirnya mengaku beliau menjalin hubungan sulit dengan teman wanitanya sejak 2 tahun lalu dan bayi berkenaan ialah anak luar nikah mereka.
“Siasatan lanjut mendapati bayi berkenaan baru dilahirkan teman wanitanya yang berusia 32 tahun di kediamannya di Cheras menggunakan khidmat bidan kampung,” katanya ketika dihubungi akhbar itu.
Ghani berkata, lelaki itu dan teman wanitanya direman 3 hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu berniat membuang bayi.
Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk menjalani pemeriksaan dan ibunya dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Thus Article Warga emas ditahan dakwa anak luar nikahnya ialah bayi buangan
Itulah artikel Warga emas ditahan dakwa anak luar nikahnya ialah bayi buangan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Warga emas ditahan dakwa anak luar nikahnya ialah bayi buangan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/warga-emas-ditahan-dakwa-anak-luar.html
0 Response to "Warga emas ditahan dakwa anak luar nikahnya ialah bayi buangan"
Catat Ulasan