Loading...

Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor

Loading...
Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor
link : Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor

Baca juga


Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seramai 113 orang peneroka tanah mukim Ijok memfailkan saman tuntutan ke atas 6 defandan termasuklah kerajaan negeri Selangor, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
 
Kesemua peneroka diwakili peguam Datuk Kamarudin Ahmad, yang menuntut tanah 400 hektar milik mereka yang dijual secara kontroversi oleh kerajaan negeri Selangor.
 
"Hari ini seramai 113 plaintif memfailkan saman tuntutan ke atas menteri besar Selangor, kerajaan Selangor, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pendaftar Hak Milik negeri Selangor dan Pejabat Daerah negeri Selangor," katanya.
 
Kamarudin menyatakan plaintif yang terdiri daripada peneroka dibawah rancangan revolusi hijau peringkat 2 dan 3 di Bukit Cerakah pada tahun 1998.
 
Beliau juga turut menyenaraikan intipati tuntutan saman peneroka terhadap kerajaan negeri Selangor.
 
"Kecuaian menteri besar dan kerajan negeri Selangor dalam menstrukturkan persetujuan penghakiman di mahkamah persekutuan.
 
"Akibatnya hak plaintif (peneroka) terjejas dan tiada ganti rugi lewat siapkan rumah dimasukkan ke dalam perjanjian penghakiman.
 
"Plaintif(peneroka) juga menyoal kemana perginya 1000 ekar tanah di Peringkat II dan III Rancangan Hijau Bukit Cherakah?
 
"Ketiga, ada unsur-unsur kecuaian oleh menteri besar dan kerajaan negeri Selangor yang menyebabkan kerugian kepada peneroka Rancangan Hijau Bukit Cherakah Peringkat II dan III," ujarnya.
 
 
 
Menurut peguam itu lagi, kerajaan negeri Selangor tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai baki tanah yang menjadi hak peneroka.
 
Dalam saman itu juga peneroka menuntut bayaran lewat menyiapkan rumah sebanyak RM230,000 seorang.
 
Perjanjian persetujuan antara peneroka dan dua syarikat pemaju hanya membabitkan tanah seluas 800 hektar, namun sebaliknya baki 400 hektar menjadi milik kerajaan negeri.
 
Pada tahun 1998, Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memberikan tanah seluas 3000 ekar kepada 987 orang peneroka dibawah Rancangan Hijau Bukit Cherakah Peringkat 2 dan 3.
 
Pemaju Mujur Zaman Sdn Bhd dan Liputan Canggih Sdn Bhd telah mengemukan cadangan kepada peneroka pada tahun 2000, untuk memajukan tanah untuk dibuat projek perumahan namun projek itu terbengkalai.
 
Ekoran kegagalan itu, kerajaan negeri mengambil alih tanah itu pada 2009.


Thus Article Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor

Itulah artikel Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/tanah-ijok-113-peneroka-saman-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanah Ijok: 113 peneroka saman kerajaan Selangor"

Catat Ulasan

Loading...