Loading...

Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity

Loading...
Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity
link : Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity

Baca juga


Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity



PARLIMEN l Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul segera yang difailkan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah ahli perniagaan Low Taek Jho, The Equanimity.
Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) memfailkan usul tersebut berkata bahawa isu itu adalah kepentingan awam.
“Ramai rakan-rakan telah bangkit, kita perlu perdana menteri jawab dalam Dewan (Rakyat), adakah akan beri arahan kpd AG (peguam negara) untuk tuntut balik harta-harta yang disita (oleh) DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) sebab itu duit rakyat,” katanya.
Pandikar menasihatkan Gooi supaya terlebih dahulu menunggu jawapan bertulis mengenai perkara itu, yang Gooi kemudian menjawab bahawa beliau baru saja menerimanya.
Membaca surat itu, Gooi berkata usulnya ditolak kerana tidak memenuhi Seksyen 18 (7) (c) Peraturan Mesyuarat Parlimen dan bercanggahan dengan Seksyen 23 (1) (c) dan 23 (1) (g) .
Mengikut Seksyen 18 (7) (c), Speaker, di kamarnya, boleh menolak mana-mana usul yang dikemukakan jika ia melanggar mana-mana peruntukan Peraturan Mesyuarat.
Seksyen 23 (1) (c) menyatakan bahawa soalan tidak boleh mengandungi sebarang hujah, antara lain campur tangan dan pendapat, dan tidak boleh memohon untuk mendapatkan maklumat mengenai hal-hal remeh manakala 23 (1) (g) pula menyatakan bahawa soalan tidak seharusnya memudaratkan mana-mana kes yang sedang dibicarakan.
Pada ketika itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mencelah dengan mengatakan bahawa Gooi tidak seharusnya membuang masa Parlimen mengenai perkara itu.
“Tak ikut peraturan sudah la, buang masa Dewan (Rakyat), orang nak berbahas,” katanya.
Gooi, walau bagaimanapun, menegaskan bahawa penjelasan tidak diberikan mengenai bagaimana usulnya itu melanggar Peraturan Mesyuarat.
“Ini isu di mana faktanya adalah tertentu.
“Kes dilaporkan secara meluas, kapal layar telahpun disita, kami hanya (mahu) dengar penjelasan daripada PM.
“Aapakah tindakan akan diambil untuk ambil (semula) harta yang telah dicuri,” katanya.
Pandikar menjelaskan bahawa beliau terpaksa merujuk kepada keputusan terdahulu yang dibuatnya berhubung dengan isu 1MDB jika membenarkan usul itu untuk dibincangkan.
“Ada dokumen mengatakan bahawa Equanimity adalah satu daripada benda yang sedang disiasat itu sebab kenapa saya tak benarkan (usul dibincangkan),” katanya.
Gooi, walau bagaimanapun, mengatakan bahawa usulnya adalah khusus, kerana beliau merujuk kepada kenyataan peguam negara.
“Tapi usul saya spesifik merujuk kepada kenyataan AG yang kata beliau takkan ambil tindakan untuk mendapatkan semula kapal itu sebab bukan kepunyaan kerajaan sebab itu saya failkan usul...
“Kami mahu perdana menteri menjelaskan apakah arahan-arahan yang akan diberikan kepada kerajaan khususnya kepada AG untuk mendapatkan wang kita,” katanya.
Pandikar kemudiannya berkata, tafsiran Peraturan Mesyuarat bahawa yang “berkuasa betul adalah speaker”.
“Apa pun pendapat YB kalau kata tak ikut Peraturan Mesyuarat, terpaksa akur kepada tafsiran saya. Saya fikir YB faham separation of power, yang saya bengang kadang-kadang saya binggung apabila eksekutif konon campur tangan pihak lain.. sekarang eksekutif disuruh campur hal.
“Perkara siasatan - sama ada boleh ke tidak, biarlah pihak berwajib buat kerja masing-masing. Semua ni isu telah dibincang di luar sana, media sosial, media konvensional, rakyat dah dengar semua ini.

“Jadi biarlah rakyat menentukan kebenaran dan bukan kebenaran. Di Dewan Rakyat, saya menentukan Peraturan Mesyuarat diikut atau tidak,” kata Pandikar.


Thus Article Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity

Itulah artikel Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/speaker-tolak-usul-tergempar-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Speaker tolak usul tergempar isu Equanimity"

Catat Ulasan

Loading...