Loading...

Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity !

Loading...
Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity !
link : Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity !

Baca juga


Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity !


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat menolak usul meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenyataan Peguam Negara yang kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah, Equanimity yang disita di Bali, minggu lalu.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul dibawakan Gooi Hsiao Leung (Alor Setar-PKR) dengan alasan ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 18 Dewan Mesyuarat.

“Saya baru terima surat daripada Tan Sri yang bertarikh 6 Mac menyatakan usul saya ditolak setelah tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Namun, tiada alasan yang dinyatakan dalam (penolakan) usul ini kerana faktanya kes ini dilaporkan secara meluas.

“Kami ingin penjelasan daripada perdana menteri, apakah tindakan perdana menteri untuk mengembalikan harta-harta yang telah diseleweng dari 1MDB,” kata Gooi di Dewan Rakyat, hari ini.

Pandikar berkata, usul itu ditolak kerana Equanimity yang dirampas di Bali, Indonesia ketika ini dalam siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

“Mengenai isu kapal ‘ketenangan jiwa’ di Bali itu, setahu saya ia dalam proses mahkamah di mana DoJ dalam proses untuk sita aset-aset. Ini adalah hubungan langsung dengan apa yang dilakukan AS.

“Perkara ini adalah subjudis, Equanimity adalah perkara yang diburu dan disiasat, sebab itu saya tidak mahu perkara itu dibenarkan dan dibincangkan,” katanya.

Gooi bagaimanapun berkata, beliau membawa usul itu kerana mahu meminta Najib menjelaskan arahan yang akan diberikan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam usaha mengembalikan dana negara.

Pandikar berkata, pihak eksekutif tidak sewajarnya mencampuri urusan ditetapkan pihak legislatif memandangkan percampuran kuasa tidak dibenarkan.

“Saya fikir yang berhormat sudah faham apa itu kuasa masing-masing, yang saya bengang adalah apabila dikatakan ketua eksekutif tidak boleh campur hal lain, tetapi dalam hal ini, ketua eksekutif pula diminta arahkan pihak lain.

“Perkara-perkara siasatan boleh atau tidak, biarlah pihak berwajib buat kerja masing-masing. Walaupun anggap Parlimen adalah tempat berbincang, tetapi ada perkara yang tidak dibincangkan,” katanya.

Semalam, polis Indonesia mengesahkan kerjasama siasatan berhubung rampasan Equanimity yang dikaitkan dengan 1MDB, tidak membabitkan Malaysia.

Indonesia dilaporkan diminta FBI untuk mengesan dan menyita kapal layar mewah itu, tetapi siasatan tidak membabitkan pemilik kapal, Low Taek Jho.

Rabu lalu, polis Indonesia menyita Equanimity di Bali yang dicari DoJ atas permintaan FBI.

Ogos lalu, DoJ meminta penangguhan saman sivilnya bagi merampas aset lebih AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB kerana sedang menjalankan siasatan jenayah ke atas 1MDB.

Equanimity sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman, merupakan antara sasaran tindakan pembekuan aset oleh DoJ tahun lalu.

Menurut pemfailan DoJ di mahkamah AS tahun lalu, Equanimity didakwa ditempah khas dan dilengkapi sauna, bilik urut, kolam renang dan ruang tamu, serta diselenggara dengan dana AS$250 juta (RM1.06 bilion) berasal dari 1MDB. #sumber


Thus Article Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity !

Itulah artikel Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/speaker-dewan-rakyat-menolak-usul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Speaker Dewan Rakyat "Menolak" Usul Berkaitan Kapal Equanimity !"

Catat Ulasan

Loading...