Loading...

Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk !

Loading...
Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk !
link : Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk !

Baca juga


Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk !


KUANTAN: Seramai 70 pelajar dan tiga guru Sekolah Menengah Agama Kuala Lipis, dekat sini dijangkiti beguk sejak 20 Februari lepas.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha'ari Ngadiman bagaimanapun berkata sebahagian besar daripada pelajar itu telah pulih, namun pihaknya masih mengambil tindakan berjaga-jaga bagi memastikan penyakit itu tidak merebak.

"Pelajar dan guru yang terlibat telah diberi rawatan dan dikuarantin di dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan orang luar terkena jangkitan. Semua pesakit kini berada dalam keadaan stabil.

"Vaksin diberikan kepada pelajar yang tidak menerima imunisasi beguk. Pendidikan kesihatan dilaksanakan di sekolah selain pemantauan harian dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis," katanya semasa dihubungi pada Jumaat.

Penyakit beguk disebabkan jangkitan virus Paramyxovirus dan boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar dengan air liur pesakit.

Dr Sha'ari menambah mereka yang dijangkiti akan mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur).

"Pesakit biasanya akan sembuh sepenuhnya selepas dua hingga tiga minggu. Jangkitan beguk adalah ringan dalam kebanyakan kes dan boleh sembuh sepenuhnya tanpa komplikasi," katanya.

Dr Sha'ari menambah mereka yang mengalami gejala beguk dinasihatkan untuk mendapat rawatan awal di klinik kesihatan untuk mengelakkan komplikasi.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri dan mengamalkan etika batuk yang betul bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut.

Dr Sha'ari menambah di Malaysia, imunisasi beguk diberikan dalam bentuk vaksin tiga serangkai Measles-Mumps-Rubella (MMR) sejak tahun 2002, namun bermula April 2016, ia diberikan sebanyak dua kali iaitu pada usia sembilan bulan dan setahun. #sumber



Thus Article Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk !

Itulah artikel Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/seramai-70-pelajar-serta-guru-sm-agama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seramai 70 Pelajar, Serta Guru SM Agama Kuala Lipis Di Jangkiti Sakit Beguk !"

Catat Ulasan

Loading...