Loading...
Tajuk : Selangor tidak catu air, Azmin nafi dakwaan Guan Eng
link : Selangor tidak catu air, Azmin nafi dakwaan Guan Eng
Selangor tidak catu air, Azmin nafi dakwaan Guan Eng
ANTARAPOSSHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya masalah catuan air di Selangor berada di tahap serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri tidak pernah membuat catuan air selama ini.
"Siapa kata? Apa yang serius? Kita (kerajaan negeri) tidak pernah catu. Bila saya catu?
"Sejak saya mengambil alih (Selangor) sudah hampir empat tahun, tiada catuan air, saya tidak benarkan.
"Cuma ada penyelenggaraan yang dijadualkan, sudah tentu kita perlu selenggara kemudahan kita. Itu ada jadualnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Dihoskan Oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
Mohamed Azmin turut mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, kononnya beliau tidak memahami masalah air di Selangor.
"Faham atau tidak biar rakyat yang menghukum. Loji rawatan itu mesti dapat air mentah untuk dirawat, bukan dapat dari angin.
"Saya sudah beri macam-macam fakta, semua inisiatif diberikan kerajaan negeri untuk menjamin kelestarian bekalan air.
"Air yang nak dirawat ini mesti ada bekalan air mentah, air mentah ini datang dari empangan, empangan kita semua 100 peratus, jadi tiada isu bekalan air mentah tidak mencukupi," katanya.
Thus Article Selangor tidak catu air, Azmin nafi dakwaan Guan Eng
Itulah artikel Selangor tidak catu air, Azmin nafi dakwaan Guan Eng Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Selangor tidak catu air, Azmin nafi dakwaan Guan Eng dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/selangor-tidak-catu-air-azmin-nafi.html
0 Response to "Selangor tidak catu air, Azmin nafi dakwaan Guan Eng"
Catat Ulasan