Loading...

RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB

Loading...
RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB
link : RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB

Baca juga


RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB


KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Berita Palsu yang dijadual akan dibentang di Parlimen minggu hadapan, dikhuatiri akan disalahgunakan untuk membisukan laporan media tentang skandal melibatkan syarikat bermasalah milik negara, 1MDB.

Ini berikutan demikian banyak kritikan media tempatan dan antarabangsa terhadap syarikat terbabit, membabitkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pastinya cuba dibungkam oleh pihak kerajaan.

Baharu sahaja tempoh hari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dilaporkan berkata bahawa sebarang maklumat berkaitan 1MDB yang tidak disahkan kerajaan akan dianggap sebagai berita palsu.

Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mempersoalkan kenapa kerajaan begitu tergopoh-gapah mahu membentangkan RUU terbabit.

“Jailani sepatutnya tahu bahawa dapatan pihak berkuasa tidak boleh diterima sebagai perkara muktamad kerana belum diuji di mahkamah.

“Justeru tidak boleh dikatakan bahawa kritikan terhadap 1MDB yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa sebagai palsu,” jelas Ram, yang merupakan seorang peguam.

Ram turut bertanya sama ada undang-undang baru itu akan turut terpakai kepada media asing, memandangkan Perdana Menteri pun masih lagi belum memulakan sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana media asing.

“Kalau diikutkan kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap media asing setakat ini, nampaknya memang tidak akan ada tindakan terhadap mereka di bawah RUU baru tersebut.

“Nampaknya tujuan RUU berita palsu ini hanyalah untuk membungkam kritikan terhadap 1MDB dan lain-lain isu sensitif menjelang pilihanraya umum ke-14,” tambahnya

Najib malam tadi berkata 1MDB hadapi krisis berterusan disebabkan rancangan awal menyenaraikan Edra Energy digagalkan oleh pihak yang cuba menggunakan isu 1MDB sebagai isu politik.

Beliau berkata Edra sepatutnya disenaraikan mengikut jadual tetapi tidak dan kira-kira RM18 bilion hingga RM22 bilion yang sepatutnya diperoleh daripada pasaran ketika itu tidak berlaku. #sumber


Thus Article RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB

Itulah artikel RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/ruu-berita-palsu-hanyalah-untuk-bungkam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...