Loading...

Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB

Loading...
Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB
link : Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB

Baca juga


Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB


SHAH ALAM - Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mendedahkan beliau antara individu terawal membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, beliau juga merupakan individu yang berhubung dengan Tan Sri Abdul Ghani Patail ketika menjawat jawatan Peguam Negara dan Peguam Negara terkini, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam soal syarikat pelaburan itu.

“Sudah lama saya bangkitkan hal berkaitan 1MDB dan saya juga antara terawal bangkitkan isu ini dengan Abdul Ghani Patail dan Mohamed Apandi tetapi saya tidak maklumkan kepada dunia.

“Pada 2010 dan 2011 isu berkaitan 1MDB ini mula diperkatakan. Pada tahun 2013 saya bertemu beberapa kali dengan pegawai tertinggi perundangan negara tetapi ia adalah sulit serta persendirian. Bila berganti peguam negara pun saya bangkitkan balik perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas FB Live bersama Sinar Harian, semalam.

Katanya, ada perkara tidak kena dalam isu 1MDB yang menyebabkan beliau bertanya dan membangkitkannya.

“Saya dapati ada benda tak kena dan periuk nasi saya adalah dalam perundangan. Saya tak boleh lari kerana undang-undang tidak dihormati. Ambil Rukun Negara, Ambil Perlembagaan Persekutuan dan akta begitu juga jawapannya.

“Sebenarnya saya tidak ada niat lain tapi saya bangkitkan dari segi keluhuran undang-undang sahaja,” katanya.

Mengulas kenyataan beliau tentang ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyerangnya.

Rais berkata, beliau tidak menegur mana-mana menteri dalam soal tersebut selain daripada menyatakan mengapa ada pihak begitu sayangkan dan mempertahankan Jho Low.

“Saya nak maklumkan, berhubung perkara ini bukan saya gunakan media sosial untuk bangkitkan dan cari jawapan kerana saya secara peribadi ada menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hal ini. Saya berhubung secara peribadi dengan Najib lebih kerap daripada apa yang disangkakan.

“Soalan berkaitan Jho Low saya kemukakan sendiri kepada Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi. Ahmad Zahid  kata akan kemukakan kepada perdana menteri tapi tak tahu apa berlaku. Soalan saya kemukakan kepada Najib tapi dia tak jawab,” katanya. - Sinar Harian


Thus Article Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB

Itulah artikel Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/rais-yatimsaya-antara-individu-terawal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...