Loading...

PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM

Loading...
PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM
link : PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM

Baca juga


PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta PPBM akur dengan ketetapan yang diperuntukkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang memberi notis kepada parti itu semalam.
 
Katanya, beliau tidak berhasrat untuk mencampuri urusan RoS, namun sebagai jabatan kerajaan yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) beliau mahu segala ketetapan dituruti.
 
“Saya fikir tindakan yang dilakukan oleh ROS meminta supaya pemimpin PPBM supaya mengemukakan laporan sepenuhnya daripada mesyuarat cawangan, mesyuarat bahagian sehingga ke perhimpunan agong mereka hendaklah dikemukakan.
 
“Saya tidak berhasrat untuk campur tangan dalam pentadbiran dan keputusan ROS, maka pada hemat saya PPBM harus memenuhi syarat seperti mana termaktub dalam Perlembagaan mereka sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kali ke-25 di sini hari ini.
 
ROS semalam telah mengemukakan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 kepada PPBM berkuat kuasa 28 Februari lalu.
 
Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, notis tersebut yang telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh mengkehendaki parti tersebut menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan juga dokumen kepada pihak RoS.
 
Sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta, katanya, tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM.
 
 


Thus Article PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM

Itulah artikel PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/ppbm-sila-ikut-arahan-ros-kata-tpm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPBM sila ikut arahan RoS, kata TPM"

Catat Ulasan

Loading...