Loading...

Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook

Loading...
Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook
link : Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook

Baca juga


Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook



Gambar Reuters.


KUCHING: Polis Sarawak menahan seorang pengguna Facebook yang dipercayai menularkan klip video memaparkan seorang wanita yang ditikam dan dipenggal kepalanya oleh seorang lelaki bertopeng.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata pasukan CID daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan diketuai Inspektor Norliana Md Faizal menahan suspek lelaki itu di rumahnya di Rumah Jerugo, Kampung Sagu, Sebuyau, pada 1.05 tengah hari ini.

Beliau berkata suspek berumur 21 tahun yang bekerja sebagai petani itu dibawa ke IPD Sri Aman petang ini untuk siasatan lanjut.

“Sebuah telefon bimbit yang kami percaya digunakan oleh suspek untuk memuatkan berita palsu itu turut dirampas,” katanya.

Dev Kumar berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Awal hari ini, polis dimaklumkan tentang klip video yang tular dalam media sosial dan ada antara pengguna Facebook melakukan pembohongan apabila mengaitkan video itu dengan kes pembunuhan di Sri Aman membabitkan seorang wanita yang kepalanya dijumpai di tebing sungai di Skait, Sri Aman.

Bagaimanapun, kata Dev Kumar, siasatan polis mengesahkan video itu berasal dari sebuah negara di Amerika Selatan dan tiada kaitan sama sekali dengan kes di Sri Aman.

Beliau memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya berhenti daripada menyebarkan berita palsu yang boleh menjejaskan siasatan berhubung kes pembunuhan di Sri Aman.




Thus Article Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook

Itulah artikel Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/polis-sarawak-tahan-petani-tular-video.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook"

Catat Ulasan

Loading...