Loading...

Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit

Loading...
Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit
link : Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit

Baca juga


Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit



Gambar Twitter


PUTRAJAYA: Sebuah tren KLIA Transit menuju ke KL Sentral mengalami kerosakan pintu dan penumpang terkandas kira-kira 1 jam di Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya hari ini.

Seorang penumpang yang mahu dikenali sebagai Noor, 33, berkata beliau berada dalam tren itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan sampai ke Stesen ERL
Putrajaya/Cyberjaya kira-kira 7.50 pagi.

Bagaimanapun, menurutnya, tren itu tidak bergerak selepas 10 minit dan pengumuman dibuat memaklumkan kepada penumpang terdapat masalah teknikal pada tren itu.

“Semua penumpang menunggu di dalam tren. Ada menunggu di luar kerana tren itu sesak dan lembap.

“Kemudian kami dimaklumkan ada tren lain turut mengalami kerosakan. Penumpang tren berkenaan dipindahkan ke tren kami. Perkhidmatan disambung semula pada 8.45 pagi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, KLIA Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam satu kenyataan berkata tren KLIA Transit pada pukul 7.16 pagi menuju ke KL Sentral mengalami kerosakan pintu dan semua perkhidmatan dari stesen terminal dihentikan sementara.

Katanya ERL memulakan perkhidmatan gabungan untuk kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit bermula 9.00 pagi.

“Kedua-dua perkhidmatan menyambung semula operasi biasa mulai 9.30 pagi. Pelepasan pertama untuk KLIA Transit dari KL Sentral pada pukul 9.33 pagi dan 9.40 pagi untuk KLIA Ekspres.

“Dari klia2, perjalanan biasa untuk KLIA Ekspres adalah pada 9.35 pagi dan KLIA Transit pukul 9.48 pagi,” kata kenyataan itu.

ERL turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku itu.



Thus Article Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit

Itulah artikel Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/pintu-rosak-penumpang-terkandas-sejam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pintu rosak, penumpang terkandas sejam dalam tren KLIA Transit"

Catat Ulasan

Loading...