Loading...

Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis

Loading...
Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis
link : Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis

Baca juga


Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis






PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pendidikan bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan sekolah berasrama penuh kini sudah tidak menumpukan pendidikan untuk pelajar dari latar belakang miskin, menjadikan sistem itu tersasar dari matlamat asas kerajaan.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim berkata, sudah menjadi budaya bagi golongan kaya berebut dengan orang miskin untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.

“Kerap kelihatan anak ahli politik, korporat dan yang berkemampuan berebut masuk ke sekolah berasrama penuh. Sepatutnya 10% sahaja untuk golongan itu, tetapi kini sudah lebih.

“Ini sebenarnya sudah menjadi budaya apabila kenal orang berpengaruh akan dapat tempat. Manakala orang yang tidak kenal orang berpengaruh dan tidak ada kuasa pula tersisih. Orang dah tak hairan,” katanya kepada FMT.

Semalam, Dr Mahathir berkata matlamat asas kerajaan menyediakan sekolah berasrama penuh kini sudah tersasar, sehinggakan sekolah seperti itu tidak lagi menekankan bantuan kepada anak golongan miskin.

“Yang pergi ke sekolah asrama penuh ini sepatutnya mereka yang tinggal di rumah yang kurang alatan lampu dan lain-lain untuk mereka belajar,” katanya pada sesi penerangan dasar Pakatan Harapan (PH) atau “Policy Talk”.

“Sebab kita adakan asrama penuh, termasuk di sekolah menengah, ialah untuk beri peluang kepada lebih ramai anak kita belajar,” katanya.

Azimah berkata, Kementerian Pendidikan perlu menyemak semula kuota untuk anak orang berkemampuan masuk ke sekolah asrama penuh.

Beliau berkata ia bagi memastikan golongan miskin tidak kehilangan peluang dan tersisih untuk masuk ke sekolah asrama penuh.

Azimah berkata walaupun Dr Mahathir mempunyai agenda politik di sebalik kenyataannya, ia adalah satu hakikat.

“Di banyak tempat, kenal orang berpengaruh itu sudah jadi budaya.

“Ini berlaku terutama apabila mereka habis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sebab mungkin ingin senang dapat biasiswa belajar ke luar negara,” katanya.
Sekolah asrama penuh sudah tersasar, kata Dr Mahathir



Thus Article Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis

Itulah artikel Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/pelajar-kaya-masuk-sekolah-asrama-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar kaya masuk sekolah asrama jadi budaya, kata aktivis"

Catat Ulasan

Loading...