Loading...
Tajuk : Mazlan Aliman direman lima hari
link : Mazlan Aliman direman lima hari
Mazlan Aliman direman lima hari
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Jalan Duta membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman.
Menurut peguam Mazlan, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, pemimpin Amanah itu akan ditahan selama lima hari sehingga 25 Mac ini.
Beliau berkata Mazlan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
“Ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas Mazlan berhubung video di Facebook sebelum ini.
"Beliau dibawa dari Ibu Pejabat Polis Derah Kulai, Johor dan tiba di mahkamah 3.30 petang tadi, dan selepas mendapat kebenaran reman, Mazlan dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang,” katanya.
Seksyen 500 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya untuk kesalahan memfitnah.
Sementara Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya untuk kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Mazlan ditahan polis malam tadi, ekoran didakwa menuduh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam beberapa projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Felda.
Susulan itu, Rosmah membuat laporan polis terhadap Mazlan, selepas ahli Jawatankuasa Pusat Amanah itu mendakwanya terlibat dalam projek penternakan ikan sturgeon yang gagal dilaksanakan selepas memakan belanja berjuta ringgit oleh Felda.
Projek itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu yang turut menangkap beberapa pegawai Felda.
Thus Article Mazlan Aliman direman lima hari
Itulah artikel Mazlan Aliman direman lima hari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Mazlan Aliman direman lima hari dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/mazlan-aliman-direman-lima-hari.html
0 Response to "Mazlan Aliman direman lima hari"
Catat Ulasan