Loading...

Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng?

Loading...
Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng?
link : Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng?

Baca juga


Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng?

 


 

KUALA LUMPUR – Sekeping lagi gambar ‘intim’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama suspek yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima suapan sebanyak RM19 juta untuk menutup kes pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang didedahkan.

Menariknya, kali ini, gambar antara suspek yang mendakwa dirinya ahli perniagaan berpengaruh, Datuk Seri G Gnanaraja kelihatan tersenyum dan bergelak ketawa dengan Guan Eng dalam sebuah kereta dipercayai milik syarikat kontraktor pembinaan projek mega tersebut.

Guan Eng kelihatan begitu gembira bergambar ‘selfie’ dengan Gnanaraja dalam kenderaan tersebut yang didakwa dirakamkan tahun lalu sebelum transaksi berjumlah RM19 juta diberikan kepadanya melalui syarikat Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith).

Setiausaha Agung DAP itu juga kelihatan memakai pakaian korporat rasmi beliau dengan namanya jelas tertera sementara Gnanaraja pula berbaju batik.

Sebelum ini, sekeping gambar didedahkan Guan Eng berada di kediaman rasmi Gnanaraja, dipercayai di rakamkan antara Mei sehingga Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Guan Eng bukan sahaja melatah dan menuduh gambar tersebut adalah konspirasi jahat kerajaan BN, malah baru-baru ini beliau pula cuba mengaitkan hubungan Gnanaraja dengan pengamal media pro BN.

Guan Eng dalam sidang media di Komtar, Pulau Pinang Rabu lepas menyebarkan gambar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star (SMG), Datuk Seri Wong Chun Wai bersama Gnanaraja yang diambil pada satu majlis keramaian.

Ramai tampil mengkritik Guan Eng kerana Gnanaraja juga dipercayai terlibat dengan pelbagai kes penipuan termasuk menipu ramai masyarakat India dalam skim cepat kaya yang melibatkan kerugian hampir RM80 juta.

Kes tersebut turut dikaitkan dengan isteri beliau yang juga merupakan seorang pemimpin NGO dan selebiriti tempatan.

Pasangan itu juga mempunyai sejarah cuba masuk ‘Islam’ untuk menipu seorang lelaki Islam melabur dalam yayasan mereka pada 2013.

Kesemua kes itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa ketika ini sebelum SPRM mencekup Gnanaraja baru-baru ini kerana dipercayai menerima suapan untuk mengadakan rundingan bagi menutup kes terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Peliknya, walaupun Gnanaraja berjaya menjaja dirinya berpengaruh dalam kalangan pemimpin BN, akhirnya terbongkar pula gambar-gambar intim beliau dengan Guan Eng.

Menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, Guan Eng sudah tidak boleh melarikan diri, sebaliknya adalah lebih baik beliau tampil memberi penjelasan.

“Adakah gambar ini juga satu kebetulan? Gnanaraja yang sedang disiasat oleh SPRM kerana suapan RM19 juta untuk menutup kes terowong bawah tanah tidak dikenali oleh Guan Eng?

“Kalau sebelum ini, dalam rumah Gnanaraja kini dalam kenderaan ‘rasmi’ pula? Kedua-dua gambar ini sudah jelas menunjukkan mereka berdua sangat rapat.

“Apa lagi pembohongan anda Guan Eng? Sampai bila nak lari? Cukuplah. Kami sedang tunggu ‘pembohongan putar belit’ seterusnya dengan tidak sabar,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng da­lam satu kenyataan tanpa segan silu berkata, sebagai pemimpin ma­syarakat, adalah menjadi lumrah untuk beliau bergambar dengan mana-mana individu dan sukar baginya mengingati setiap foto yang diambil termasuk bersama ahli perniagaan ber­kenaan – Malaysia Gazette



Thus Article Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng?

Itulah artikel Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/mana-lagi-mahu-lari-guan-eng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mana Lagi Mahu Lari Guan Eng?"

Catat Ulasan

Loading...