Loading...

Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’

Loading...
Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’
link : Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’

Baca juga


Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’

 
Menteri di JPM Nancy Shukri mahu pemandu teksi setaraf dengan pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Grab dan Uber.
 
 



KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan pemandu teksi di negara ini menggunapakai perkhidmatan “e-hailing”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya menggalakkan pemandu ini berhijrah kerana mahu mereka setaraf dengan pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Grab dan Uber.

“Banyak (pemandu teksi) yang mengadu pendapatan mereka terjejas. Sebab itu kita memberi peluang kepada pemandu teksi untuk berhijrah.

“Sebab itu kalau dikira dari segi bilangannya, ia satu proses yang berterusan untuk didaftar kerana ada dalam kalangan mereka masih belum memahami kerana mereka boleh memanfaatkan ‘e-hailing’ ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang bertanyakan peratusan pemandu teksi yang masih belum diserap dalam sistem “e-hailing” dan adakah kementerian bercadang agar semua pemandu teksi menggunapakai “e-hailing”.

Mengulas lanjut, Nancy berkata terdapat 2 manfaat kepada pemandu teksi yang menggunapakai perkhidmatan e-hailing tersebut.

“Pertama mereka boleh mengambil penumpang dari jalanan. Pada masa yang sama, kalau mereka berhijrah ke ‘e-hailing’ mereka boleh juga mengikut mana-mana syarikat yang ada di Malaysia ini tak kira Uber, Grab, mereka boleh manfaat dari situ menggunakan aplikasi (e-hailing).

“Kerajaan juga memberikan geran RM5,000 untuk mereka berhijrah kepada ‘e-hailing’,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 306,780 individu yang berdaftar sebagai pemandu ‘e-hailing’ di Semenanjung Malaysia.

“Jumlah ini mewakili semua penyedia perkhidmatan ‘e-hailing’ bukan sahaja Uber dan Grab tetapi semua syarikat tempatan,” katanya.



Thus Article Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’

Itulah artikel Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/kerajaan-galak-pemandu-teksi-gunapakai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan galak pemandu teksi gunapakai ‘e-hailing’"

Catat Ulasan

Loading...