Loading...

[KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR

Loading...
[KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR
link : [KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR

Baca juga


[KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR

Oleh Ainor Rahim
 Post Pic
PETALING JAYA: Bekas Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dengan menggunakan logo PKR.
 
Bagaimanapun Maria berkata, PKR masih belum memutuskan kerusi yang akan ditawarkan kepadanya.
 
Maria juga menjelaskan, beliau tidak akan menyertai parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
“Saya pernah katakan dalam sidang media sebelum bahawa saya akan bertanding di bawah logo PH. Jadi saya putuskan logo PKR sebagai logo yang saya boleh dukung perlembagaanya, dan keperluan tugas PKR. 
 
“Saya akan gunakan logo PKR dan bertanding dalam apa jua kerusi yang PKR tawarkan. 
 
“Saya fikir apa yang paling penting sekarang ialah menghadapi pilihanraya. Persoalan lain (tidak sertai PKR) boleh diselesaikan kemudian,” katanya dalam sidang media sebentar tadi. 
 
Ditanya sebab tidak menyertai PKR secara rasmi beliau berkata, yang perlu diambil kira adalah membawa agenda reformasi dan memenangi kerusi pada PRU14, dan bukannya soal ‘terikat’ dengan mana-mana parti politik.
 
Maria juga menegaskan, tindakannya bertanding mewakili PKR tidak mengkhianati Persatuan Bukan Kerajaan (NGO), BERSIH yang pernah dinaunginya itu sebelum ini. 
 
Malah, beliau mengharapkan sokongan badan itu terhadap penampilan sulungnya pada PRU14 kali ini. 
 
“Tidak (mengkhianati) kerana yang pertama ialah saya dah letakkan jawatan daripada BERSIH. Kedua ialah bila saya berada di BERSIH dan pimpinan dalam BERSIH, kita sangat fokus. Agenda reformasi objektif BERSIH. 
 
“Saya harap (sokongan). Saya tidaklah boleh beritahu mereka perlu mengundi saya. Ianya sulit,” ujarnya. 
 
Penyertaan aktivis itu diumumkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. 
 
Antara pimpinan yang hadir, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Biro Politik PKR, R Sivarasa dan Naib Presiden PKR Tian Chua. 
 
Keputusan Maria yang mahu bertanding PRU14 pernah dikritik pemimpin Umno yang mempertikaikan tindakannya itu sehingga melabel beliau sebagai tidak berprinsip dan menjilat ludahnya sendiri.
 
Ini kerana pendirian Maria sebelum ini mendakwa sistem pilihan raya Malaysia tidak adil.
 
 


Thus Article [KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR

Itulah artikel [KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/kemaskini-maria-sah-tanding-pru14-guna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[KEMASKINI] Maria sah tanding PRU14 guna logo PKR"

Catat Ulasan

Loading...