Loading...
Tajuk : Kajian Invoke berat sebelah, kata Mahadzir Khalid
link : Kajian Invoke berat sebelah, kata Mahadzir Khalid
Kajian Invoke berat sebelah, kata Mahadzir Khalid
ANTARAPOSGEORGE TOWN: Kaji selidik Invoke Malaysia yang meramalkan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan memenangi lima negeri termasuk Kedah, Perak dan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bersifat berat sebelah.
Menegaskan demikian, anggota Majlis Tertinggi Umno Mahdzir Khalid berkata, kaji selidik itu tidak menyeluruh kerana menyebelahi pembangkang.
“Semua dia punya, ‘inclination report’ itu menyebelahi kepada satu pihak, hanya menyebelahi kepada Pakatan Harapan sebab (kaji selidik itu) Invoke Malaysia yang buat. Jadi, tak payah pakailah (kaji selidik) Invoke.
"Carilah (kaji selidik) yang lain untuk tengok dia punya analisis berkaitan pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Future Kids & My English Parlimen Bukit Gelugor, di George Town hari ini.
Invoke Malaysia, badan penyelidik yang diasaskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, meramalkan PH akan memenangi Kedah, Perak, dan Johor dalam pilihan raya itu, PH akan juga memenangi Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasainya sekarang.
Sementara itu, mengulas mengenai program Future Kids & My English, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata pihaknya mengalu-alukan lebih banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program seumpama ini.
Beliau berkata menerusi program itu murid-murid bukan sahaja boleh menulis malah bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
Thus Article Kajian Invoke berat sebelah, kata Mahadzir Khalid
Itulah artikel Kajian Invoke berat sebelah, kata Mahadzir Khalid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kajian Invoke berat sebelah, kata Mahadzir Khalid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/kajian-invoke-berat-sebelah-kata.html
0 Response to "Kajian Invoke berat sebelah, kata Mahadzir Khalid"
Catat Ulasan