Loading...

JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal

Loading...
JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal
link : JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal

Baca juga


JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal


KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan akan membantu empat beranak yang tinggal di sebuah bangsal di kawasan ladang sawit di Felda Bukit Sagu, di sini.

Pegawai JKM Kuantan, Salihah Kamaruddin berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan ke atas keluarga berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai masalah yang dihadapi.

Buat permulaan, katanya, pihaknya akan memberikan bantuan kanak-kanak berjumlah RM200 sebulan kepada dua anak pasangan suami isteri, Zahar Che Hassan, 24, dan Nor Ain Fazila Ramli, 24, itu.

Menurutnya, keluarga berkenaan menghadapi konflik keluarga sebelum bertindak tinggal di bangsal daif itu.

"Saya difahamkan mereka menghadapi konflik keluarga. Bagaimanapun, JKM mengambil kira keperluan kedua-dua anak mereka yang berusia tiga dan setahun.

"Bantuan kanak-kanak akan diberikan dalam masa terdekat sehingga ketua keluarga ini mampu berdikari dan memperoleh pendapatan yang sewajarnya," katanya.

Menurutnya, JKM akan melakukan tindakan susulan selepas ini supaya perkembangan keluarga ini sentiasa dikemas kini.

"Pasangan suami isteri ini masih muda dan mampu bekerja justeru, kita amat berharap mereka dapat mencari pekerjaan supaya dapat menyara keluarga.

"Kita akan mempercepatkan proses kelulusan bantuan bulanan ini agar dapat meringankan beban mereka," katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan empat sekeluarga itu yang terpaksa berteduh di bangsal daif kerana serba kekurangan.

Zahar yang bekerja mengambil upah mengait dan mengangkat sawit mendapat pendapatan tidak menentu dengan purata gaji RM500 sebulan. #sumber


Thus Article JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal

Itulah artikel JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/jkm-kuantan-akan-bantu-empat-sekeluarga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JKM Kuantan "Akan Bantu" Empat Sekeluarga Yang Tinggal Di Dalam Bangsal"

Catat Ulasan

Loading...