Loading...

Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH

Loading...
Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH
link : Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH

Baca juga


Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH





Pemuda AMANAH Nasional kecewa dengan tindakan polis menangkap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang dilihat tidak munasabah seolah-olah melakukan jenayah amat besar.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya kecewa dan menganggap isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansur begitu terdesak mengarahkan peguamnya untuk membuat laporan polis berhubung satu ceramah Mazlan.

“Hingga membawa kepada penangkapan saudara Mazlan Aliman sekitar jam 1.35 pagi hari ini di rumah beliau.

“Tindakan pihak polis yang berkeras untuk menangkap beliau pada waktu yang amat tidak munasabah itu juga mengundang tanda tanya:

“Jenayah maha besar apakah yang dibuat aktivis rakyat tersebut hingga tidak boleh menunggu waktu siang untuk ditahan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan, 52, yang juga pemimpin AMANAH ditahan di rumahnya di Felda Bukit Ramun, Kulaijaya dan dibawa ke IPD Kulai pukul 1.35 pagi tadi.

Difahamkan, penangkapan pejuang hak peneroka Felda itu ekoran laporan polis tentang ceramahnya yang menyentuh tentang Rosmah.

Mengulas lanjut, Pemuda AMANAH berpendirian tangkapan tersebut sebagai bermotifkan politik dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak masuk akal seperti itu.

“Datin Sri Rosmah Mansur juga tidak seharusnya mengheret pihak polis dalam perseteruan politik dirinya dan pihak lain,” tegasnya.

Sehubungan itu, Shazni memberitahu Pemuda AMANAH menggerakkan kempen #BebasMazlan #TangkapNajib sebagai simbol solidariti seterusnya mendesak penjenayah sebenar yang ditangkap bukannya pejuang rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber memberitahu Mazlan telah dibawa ke Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi tadi dan proses reman mungkin akan ditetapkan di Mahkamah Jalan Duta.
Difahamkan Bukit Aman telah mengambil alih kes tersebut.

Tangkapan terhadap Mazlan berlaku ketika masyarakat Felda memberi sambutan hangat dan sokongan secara terbuka kepada siri Jelajah Pakatan Harapan (PH) termasuk hadir dalam ceramah perdana anjuran gabungan empat parti itu.

Penahanan aktivis rakyat itu juga berlaku ketika tiada tindakan susulan ke atas hartawan kontroversi, Jho Low yang didakwa membeli kapal layar Equanimity menggunakan wang dicuri daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Thus Article Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH

Itulah artikel Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/jenayah-maha-besar-apa-dibuat-mazlan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenayah maha besar apa dibuat Mazlan, soal Pemuda AMANAH"

Catat Ulasan

Loading...