Loading...

Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?

Loading...
Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?
link : Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?

Baca juga


Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?


 




KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP yang mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terus menimbulkan persoalan memandangkan sistem percukaian yang telah dilaksana di 160 negara itu merupakan mekanisme terbaik bagi mengelakkan ketirisan serta penipuan cukai.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pemansuhan GST yang disifatkan tidak realistik juga hanya akan menyebabkan ‘ekonomi gelap’ kembali kerana sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mempunyai kelemahan dari aspek tersebut.

Sedangkan katanya, pelaksanaan sistem GST lebih telus berikutan setiap perniagaan perlu berdaftar dan membayar cukai melalui data yang disediakan.

“Tiada pihak yang terlepas daripada pelaksanaan GST dan cukai yang dikenakan sebenarnya kembali kepada rakyat di samping boleh mengimbangi hasil kerajaan. Jadi mengapa pula pembangkang mahu menghapuskan satu sistem yang begitu cekap?

“Saya tidak faham kenapa pembangkang ingin meneruskan ekonomi gelap kecuali mungkin ada parti tertentu yang mahu melindungi peniaga yang tidak bertanggungjawab,” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini Pakatan Harapan diketuai DAP dalam manifestonya mahu menghapuskan GST sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam melahirkan rasa hairan dengan manifesto Pakatan Harapan yang mahu kembali kepada SST kerana sistem percukaian itu mempunyai banyak kelemahan terutama dapat menggalakkan ‘ekonomi gelap’ menerusi penipuan.- UTUSAN ONLINE







Thus Article Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?

Itulah artikel Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/hapus-gst-untuk-rakyat-atau-lindungi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hapus GST: Untuk Rakyat Atau Lindungi Ekonomi Gelap ?"

Catat Ulasan

Loading...