Loading...

Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini !

Loading...
Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini !
link : Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini !

Baca juga


Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini !


PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya kerajaan UMNO hari ini memikul masalah yang berpunca daripada salah tadbir urus pemimpin kerajaan terdahulu yang hari ini memimpin Pakatan Harapan.

Harian Metro hari ini melaporkan beliau berkata demikian dalam satu wawancara “Solusi Sejahtera GST: Presiden PAS jawab tuduhan Presiden PPBM” yang disiarkan di Facebook pemimpin parti Islamis itu.

Beliau tidak menamakan pemimpin itu, namun umum mengetahui 2 daripada parti komponen Pakatan Harapan, iaitu PPBM dan PKR, dipimpin bekas pemimpin Umno seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Masalah ekonomi dihadapi negara sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin yang duduk dalam PH hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an,” katanya menurut Harian Metro.

“Merekalah mewujudkan masalah. Bahkan pada pendapat saya Umno yang memikul masalah dibuat oleh mereka ini dahulu.”

Dr Mahathir, yang menerajui kerajaan selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, merupakan calon perdana menteri Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum ke-14, menggantikan calon pertama, iaitu Anwar, sementara menunggu beliau kembali layak untuk bertanding pilihan raya.

Sebelum ini, Hadi dalam wawancara Berita Harian pada Januari berkata pihaknya lebih senang bekerjasama dengan Umno bawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding Dr Mahathir.

“Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam.

“Perdana menteri sekarang, kita boleh berbincang, kerana kita perlu kepada perubahan. Kalau zaman Mahathir, dia tak mahu fikir kita nak laksanakan Islam,” katanya.

Kedua-dua parti itu dilihat semakin mesra sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kekalahan pemimpin yang mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP. #sumber


Thus Article Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini !

Itulah artikel Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/hadi-percaya-umno-pikul-masalah-yang-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini !"

Catat Ulasan

Loading...