Loading...
Tajuk : Gugurkan PPBM, PH serah sahaja permohonan baru - penganalisis
link : Gugurkan PPBM, PH serah sahaja permohonan baru - penganalisis
Gugurkan PPBM, PH serah sahaja permohonan baru - penganalisis
Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
SHAH ALAM: Permohonan baru kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) tanpa PPBM adalah yang terbaik jika Pakatan Harapan (PH) mahu bertanding dibawah satu logo pada pilihan raya akan datang.
Penganalisis politik, Azmi Hassan berkata PKR, DAP dan Amanah harus akur PPBM tidak akan mampu memenuhi tuntutan RoS sekali gus berdepan risiko untuk dibubarkan.
Malah katanya, selagi PPBM disiasat RoS, badan itu tidak boleh memproses permohonan PH untuk mendaftar di bawah satu logo.
"Saya melihat permohonan baru adalah jalan terbaik buat PH sekiranya mereka mahu bertanding dalam PRU ke-14.
"Permohonan baru yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN (Amanah) tanpa PBBM kerana yang bermasalah ialah PBBM.
"Saya melihat kalau permohonan baru diutarakan tanpa PBBM, RoS tidak mempunyai sebab untuk tidak meluluskan PH sebagai satu konsortium seperti BN," katanya ketika dihubungi Antarapos.
RoS sebelum ini mengarahkan PPBM menjawab serta menyerahkan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti bagi membantu siasatan badan itu.
Sekiranya PPBM gagal menyerahkan semua yang diminta RoS boleh mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas parti tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Terdahulu, RoS menerima 430 aduan daripada ahli dan bekas pemimpin PPBM yang mengesyaki parti itu melanggar perlembagaan parti.
Minggu lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut RoS.
Dua tuntutan itu adalah berkaitan perjalanan mesyuarat bahagian dan cawangan parti itu.
Sehubungan itu, Azmi berkata 'sudah terang lagi bersuluh', PH sudah boleh bersedia untuk membuat permohonan baru tanpa perlu menunggu PPBM, bagi membolehkan gagasan itu berdaftar di bawah satu logo.
"Masalah PBBM sendiri yang belum dapat disahkan, jika mengikut perlembagaan parti, Mesyurat Agong Tahunan (AGM) yang dilakukan pada tahun lepas tidak dapat disahkan kerana ahli yang hadir tidak dapat dapat disahkan keahlian mereka melalui mesyuarat cawangan dan bahagian.
Thus Article Gugurkan PPBM, PH serah sahaja permohonan baru - penganalisis
Itulah artikel Gugurkan PPBM, PH serah sahaja permohonan baru - penganalisis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Gugurkan PPBM, PH serah sahaja permohonan baru - penganalisis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/gugurkan-ppbm-ph-serah-sahaja.html
0 Response to "Gugurkan PPBM, PH serah sahaja permohonan baru - penganalisis"
Catat Ulasan