Loading...

Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'?

Loading...
Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'?
link : Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'?

Baca juga


Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'?


PESAWAT penumpang MH370 yang hilang didakwa telah dikesan di Google Earth dalam keadaan berlubang ditembusi peluru, menurut satu teori luar biasa.

Penerbangan itu yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal hilang, dipercayai di Lautan Hindi, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Australia, China dan Malaysia menamatkan pencarian yang menelan kos £115 juta pada Januari 2017.

Awal tahun ini, Malaysia bersetuju untuk membayar sehingga £50 juta kepada syarikat dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity jika berjaya menjumpai pesawat itu sebelum Jun.

Seorang jurutera mekanikal Australia, Peter McMahon yang mendakwa telah bekerja dalam siasatan nahas selama lebih dari 25 tahun menegaskan dia telah menemui pesawat tersebut, lapor Daily Star yang mana laporan tersebut turut dipetik oleh portal-portal lain seperti mirror.co.uk dan thesundaily.

McMahon, 64, telah meneliti imej NASA dan Google Maps sejak pesawat itu hilang dan telah 'ditunjukkan' ke Round Island, utara Mauritius.

Dia percaya pesawat itu terletak 10 kilometer di selatan pulau itu, yang belum diterokai oleh penyiasat.

Dalam satu gambar yang diambil, terdapat garisan rangka kelihatan seperti sebuah pesawat di bawah permukaan air.

McMahon berkata dia telah menghantar penemuannya kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, yang mengesahkan ia berkemungkinan pesawat hilang tersebut.

Tetapi para pegawai Amerika dilaporkan mengarahkan mereka untuk terus melakukan carian di wilayah yang telah ditugaskan kepada mereka di Lautan Hindi.

McMahon memberitahu Daily Star Online bahawa empat orang Amerika telah dihantar ke Australia untuk melihat penemuan MH370 dan mendakwa mereka cuba menyembunyikan maklumat.

Selain bahagian utama, dia juga mendakwa telah menemui bahagian depan kabin di selatan Pulau Rodrigues, juga berhampiran Mauritius.

Ghyslain Wattrelos, yang kehilangan isterinya dan dua anak dalam tragedi tersebut, percaya pesawat itu ditembak jatuh. #sumber



Thus Article Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'?

Itulah artikel Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/gempar-benarkah-pesawat-penumpang-mh370.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gempar: Benarkah Pesawat Penumpang MH370 Di Temui Di 'Google Earth'?"

Catat Ulasan

Loading...