Loading...

Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan

Loading...
Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan
link : Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan

Baca juga


Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan

  FENG0266-01_fahmi_fadzil_20160107_620_413_100


KEADILAN DAILY


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menggesa Putrajaya agar menyiasat syarikat penganalisis data Cambridge Analytica yang didakwa memberikan khidmat kepada parti politik Malaysia.

Menurut Fahmi, gesaan itu dibuat memandangkan syarikat itu dilaporkan terlibat dengan aktiviti politik yang mungkin melibatkan aktiviti jenayah seperti rasuah, penipuan dan perangkap seks.

“Memandangkan Cambridge Analytica didakwa menyalahguna data peribadi pengguna Facebook serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik yang mungkin mempunyai elemen jenayah, saya menggesa pihak Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuka siasatan terhadap kedua-dua entiti ini pada kadar segera,” kenyataan beliau dipetik.

Pemimpin KEADILAN itu turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membersihkan nama BN susulan pendedahan memeranjatkan ini.

“Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional perlu segera memberi penjelasan setakat mana Cambridge Analytica dan SCL Malaysia terlibat sebagai perunding politik bagi aktiviti politik parti pemerintah.

“Jika wujud sebarang kontrak di antara UMNO-BN dengan syarikat-syarikat ini, demi demokrasi dan kebaikan orang ramai, saya mohon Datuk Seri Najib untuk mendedahkannya,” katanya.

Cambridge Analytica adalah syarikat data yang mengaku bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam memenangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Media semalam melaporkan Channel 4 di UK merakamkan ketua pegawai data Cambridge Analytica, Alex Tayler sebagai berkata, syarikat itu menggunakan data yang dikumpulkan untuk memprofil orang ramai supaya mesej sasaran berhubung pilihan raya di Amerika Syarikat dan Afrika.
Syarikat itu turut mengaku menjalankan operasinya di Malaysia.

Pengarah Urusan Politik Global Cambridge Analytica, Mark Turnbull dilapor berkata, “Kami telah melakukannya di Mexico, kami telah melakukannya di Malaysia, dan kini kami bergerak ke Brazil.”

Ketua Eksekutif Cambridge Analytica, Alexander Nix juga dirakamkan mengakui menggunakan strategi ‘pasang perangkap’ seperti merakamkan video kakitangan memberi rasuah kepada ahli politik, atau menghantar gadis ke rumah mereka.



Thus Article Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan

Itulah artikel Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/fahmi-gesa-skmm-pdrm-siasat-syarikat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan"

Catat Ulasan

Loading...