Loading...
Tajuk : Empat individu kes Ijok dibebaskan, seorang 'Datuk' disambung reman
link : Empat individu kes Ijok dibebaskan, seorang 'Datuk' disambung reman
Empat individu kes Ijok dibebaskan, seorang 'Datuk' disambung reman
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membebaskan empat individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk’ yang direman empat hari sebelum ini berhubung kes penjualan tanah milik kerajaan Selangor di mukim Ijok.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majistret Atiqah Abu Hassan memerintahkan keempat-empat mereka dibebaskan dengan setiap seorang dikenakan jaminan SPRM RM25,000 dengan dua penjamin.
Keempat-empat mereka yang berusia 34 hingga 65 tahun terbabit adalah tiga pengarah syarikat dan seorang yang bergelar ‘Datuk’ yang sebelum ini direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dalam pada itu, mahkamah yang sama hari ini turut memerintahkan tempoh reman seorang pengarah syarikat berusia 53 tahun bergelar ‘Datuk’ disambung dua hari lagi mulai esok.
Sebelum ini pengarah syarikat berkenaan direman selama tujuh hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes sama.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.
Penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion di mukim Ijok itu menimbulkan banyak kontroversi selain turut dipersoalkan pelbagai pihak, termasuk peneroka.
Thus Article Empat individu kes Ijok dibebaskan, seorang 'Datuk' disambung reman
Itulah artikel Empat individu kes Ijok dibebaskan, seorang 'Datuk' disambung reman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Empat individu kes Ijok dibebaskan, seorang 'Datuk' disambung reman dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/empat-individu-kes-ijok-dibebaskan.html
0 Response to "Empat individu kes Ijok dibebaskan, seorang 'Datuk' disambung reman"
Catat Ulasan