Loading...
Tajuk : DUN Selangor bentang usul tergempar petang ini
link : DUN Selangor bentang usul tergempar petang ini
DUN Selangor bentang usul tergempar petang ini
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perbincangan usul tergempar berhubung persempadanan semula yang dijangka akan diluluskan sebelum sidang Parlimen berakhir.
Usul berkaitan itu mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) untuk menarik balik cadangan persempadanan semula dan mengemukakan satu cadangan persempadanan semula yang baru.
Usul berkenaan bakal dibentangkan oleh ADUN Bukit Gasing Rajiv Risyhakaran, petang ini.
“Bahawa Dewan yang mulia ini kecewa dengan tindakan SPR yang tidak bertindak adil dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya dan Dewan yang mulia ini menggesa SPR menarik balik cadangan persempadanan semula.
“Dan mengemukakan satu cadangan persempadanan semula yang baru yang adil, yang mencadangkan kawasan pilihanraya yang adil dan seimbang dari segi bilangan pengundi, selaras dengan prinsip satu orang satu undi,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Penangguhan Dewan bagi membincangkan usul yang dibawa ADUN PKR itu menurut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
SPR menyerahkan Laporan Kajian Semula Persempadanan Semula kawasan pilihan raya kepada Najib pada 9 Mac selepas memulakan proses itu pada 2016.
Thus Article DUN Selangor bentang usul tergempar petang ini
Itulah artikel DUN Selangor bentang usul tergempar petang ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel DUN Selangor bentang usul tergempar petang ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/dun-selangor-bentang-usul-tergempar.html
0 Response to "DUN Selangor bentang usul tergempar petang ini"
Catat Ulasan