Loading...

Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis

Loading...
Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis
link : Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis

Baca juga


Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KLUANG: Dua suspek yang membuli dan mencuri telefon pintar serta beg sandang milik seorang remaja orang kurang upaya (OKU) ditahan polis tengah malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata bapa remaja OKU berkenaan membuat laporan polis selepas melihat video anaknya dibuli di padang permainan Taman Sri Kluang dekat sini.
 
Video berdurasi 32 saat memaparkan kejadian buli itu menjadi viral di media sosial sejak malam tadi, antara lain memaparkan seorang daripada suspek membuli remaja OKU terbabit dengan menggunakan sebatang kayu di taman permainan berkenaan.
 
Katanya, dua suspek berkenaan yang berusia 20-an itu sudah ditahan tengah malam tadi selepas menerima laporan polis daripada bapa mangsa.
 
"Polis sudah menahan dua suspek buli berkenaan, termasuk yang merakam video itu tengah malam tadi selepas gerakan mengesan mereka dibuat sebaik menerima laporan.
 
"Kejadian buli berkenaan dipercayai dilakukan suspek di taman permainan Taman Sri Kluang pagi semalam. Mangsa memaklumkan bapanya yang suspek mencuri telefon bimbit miliknya, wang tunai RM20 serta beg sandang selepas dibuli dan diugut dengan sebatang kayu," katanya dipetik BH Online.
 
Mohamad berkata, dua suspek berkenaan direman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
 
 


Thus Article Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis

Itulah artikel Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/dua-suspek-buli-samun-oku-ditahan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua suspek buli, samun OKU ditahan polis"

Catat Ulasan

Loading...