Loading...

DAP letak calon Cina di Raub?

Loading...
DAP letak calon Cina di Raub? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP letak calon Cina di Raub?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DAP letak calon Cina di Raub?
link : DAP letak calon Cina di Raub?

Baca juga


DAP letak calon Cina di Raub?



Perlawanan di Raub secara tradisi antara DAP dan MCA.
Perlawanan di Raub secara tradisi antara DAP dan MCA.


PETALING JAYA: DAP mungkin meletakkan seorang calon berketurunan Cina di Parlimen Raub pada pilihan raya umum ke-14 walaupun kerusi itu kawasan majoriti Melayu.

Pilihannya antara Teresa Kok, Ronnie Liu dan Leong Ngah Ngah, menurut sumber di DAP Pahang.

Sumber berkata DAP mempertimbangkan untuk meletakkan Teresa Kok di Raub.
Sumber berkata DAP mempertimbangkan untuk meletakkan Teresa Kok di Raub.

Kok adakah Ahli Parlimen Seputeh dan timbalan setiausaha agung parti. Liu adalah ahli jawatankuasa pusat DAP dan Leong adalah pengerusi DAP Pahang.

Sumber memberitahu FMT bahawa Kok dipertimbangkan kerana Barisan Nasional baru-baru ini dikatakan akan meletakkan Naib Presiden MCA Chew Mei Fun di situ.

“Chew seorang wanita yang memegang jawatan tinggi dalam MCA; jadi parti merasakan respon terbaik ialah meletakkan wanita yang memegang jawatan tinggi dalam DAP,” katanya.

Kok menjadi Ahli Parlimen Seputeh sejak 1999. Kerusi itu menjadi kubu kuat DAP sejak kawasan itu diwujudkan untuk pilihan raya umum 1986.

Perlawanan di Raub secara tradisi antara DAP dan MCA. DAP akhirnya menang kerusi itu pada pilihan raya umum lepas apabila mereka meletakkan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas ketua penerangan Umno Pekan.

BN dikatakan akan meletakkan Chew di Raub.
BN dikatakan akan meletakkan Chew di Raub.

Sumber berkata peningkatan penduduk berketurunan Melayu di Raub berlaku antara 2007 dan 2008.

Menurut bancian 2010, orang Melayu membentuk 60% daripada penduduk Raub, diikuti Cina 30% dan India 10%.

Apabila dihubungi, Kok tidak mengesahkan atau menafikan maklumat daripada sumber itu.

“Anda boleh tulis yang dia beritahu,” katanya. “Saya tahu media ada tugas yang perlu dilakukan tetapi saya tidak mahu mengesahkan atau menafikan apa-apa pada ketika ini.”



Thus Article DAP letak calon Cina di Raub?

Itulah artikel DAP letak calon Cina di Raub? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DAP letak calon Cina di Raub? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/dap-letak-calon-cina-di-raub.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP letak calon Cina di Raub?"

Catat Ulasan

Loading...