Loading...

Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading

Loading...
Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading
link : Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading

Baca juga


Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading



aziz


PETALING JAYA: Dalam 2 pilihan raya umum lepas, PKR bertanding di Parlimen Sri Gading tetapi gagal memenangi hati pengundi walaupun PRU13 merakamkan prestasi terbaik daripada pembangkang.

Pilihan raya itu merupakan kali kedua gabungan pembangkang meletakkan calon daripada parti bukan tradisi di kerusi Parlimen ini.

Sejak zaman Tun Hussein Onn, perdana menteri ke-3 dan ahli Parlimen Sri Gading yang pertama pada 1974, hanya calon PAS atau Semangat 46 menentang calon Umno di sini.

Jumlah undi paling banyak pernah diperolehi parti pembangkang ialah pada PRU 1999, apabila calon PAS ketika itu, Khalid Abdul Samad meraih 11,598 undi daripada 40,754 undi, manakala calon Umno, Tan Sri Mohamad Aziz, meraih 29,156 undi.

Sri Gading kekal sebagai kubu kuat Umno walaupun pembangkang berjaya merapatkan jurang undi pada PRU13.

Walaupun menang dengan majoriti yang lebih kecil, penyandangnya, Datuk Ab Aziz Kaprawi, yakin dapat mempertahankan kerusi itu sekiranya Umno mencalonkannya.

Timbalan menteri pengangkutan itu tahu lawannya dari PPBM adalah “orang luar” dan mungkin tidak akan dapat sokongan penduduk tempatan.

“Walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru, berdasarkan sumbangan saya kepada kawasan ini, saya sedia berdepan calon PPBM atau PAS.

“Saya orang sini dan akan bekerja dengan pemimpin tempatan bagi mempertahankan kerusi ini dan berusaha mendapatkan majoriti lebih besar.

“Sebagai ahli Parlimen satu penggal sekalipun, saya membawa banyak pembangunan ke Sri Gading. Ia kini antara kawasan paling maju di Johor dan kami sangat berterima kasih kepada kepimpinan Umno untuk itu,” katanya ketika dihubungi.

Antara sumbangan Aziz ialah pengenalan semula banyak projek pertanian selepas menang pada 2013.

Baru-baru ini, diumumkan Perbadanan Johor (JCorp) melalui anak syarikatnya, Johor Land Berhad, akan membangunkan 2,659 unit rumah, termasuk rumah kos rendah di Sri Gading. Ia dijangka siap 2019.

Projek yang dibina di tanah seluas 95.05 hektar itu akan dikenali sebagai Taman Mutiara Gading, termasuk pembinaan sebuah Hospital Pakar KPJ bernilai RM95 juta.

“Pembangunan di Sri Gading bukti BN menunaikan janjinya kepada rakyat,” kata Aziz.

Sementara itu, Tariq Ismail Mustafa, cucu bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, mungkin diturunkan sebagai calon PPBM di Sri Gading.

Beliau dilantik sebagai ketua bahagian pada Oktober 2017.

Tariq mengakui Sri Gading kerusi yang sukar kerana ia merupakan kubu kuat Umno sekian lamanya.

“Kita sasar tarik sokongan pengundi muda lingkungan umur 21 ke 39 tahun. Pengundi saluran 1 (50 ke atas) dan saluran 2 (40-49 tahun) pandangan mereka susah untuk diubah,” katanya.

“Sekarang situasi dan mood rakyat di Sri Gading memang ada perasaan marah terhadap BN,” katanya kepada FMT.

Sri Gading antara 15 kerusi Parlimen yang menjadi sasaran PH pada PRU14.

Aziz mungkin berkeyakinan menang, tetapi kemerosotan undi majoriti BN secara berterusan akan menjadi cabaran baginya.

Pada PRU13, beliau menewaskan calon PKR Mohd Khuzzan Abu Bakar dengan majoriti 5,761 undi.

Jumlah majoriti itu lebih lemah berbanding majoriti yang diperoleh Mohamad sebelumnya, iaitu 10,874 undi untuk menewaskan calon PKR, Ali Markom.

Pada PRU11, Mohamad menang dengan majoriti 16,196 undi menewaskan calon PKR, Ahmad Faidi Saidi.

Mohamad berkhidmat sebagai pembantu kepada Hussein Onn dari 1981 hingga 1986 dan dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Johor selepas PRU13.

Statistik PRU 2013 menunjukkan terdapat 44,816 pengundi di sini, dengan 63% daripadanya pengundi Melayu, 34% Cina dan baki ialah kaum lain.



Thus Article Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading

Itulah artikel Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/aziz-kaprawi-sedia-hadapi-3-penjuru-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aziz Kaprawi sedia hadapi 3 penjuru di Sri Gading"

Catat Ulasan

Loading...