Loading...

Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf !

Loading...
Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf !
link : Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf !

Baca juga


Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf !


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim memberikan tempoh empat hari kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah mengenai projek terowong dasar laut.

Beliau memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil jika Lim gagal berbuat demikian.

“Saya mahu dia memohon maaf secaa terbuka dan menarik balik kenyataan memfitnah terhadap saya, UMNO dan Tabung Haji,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Azeez berkata permohonan maaf juga perlu diiklankan di media arus perdana.

“Dia tidak boleh mengulangi kenyataan memfitnah itu. Dia juga perlu nyatakan dari mana dia peroleh maklumat itu.”

Azeez berkata peguamnya menghantar surat ke pejabat Lim pada 3.30 petang dan kediaman Lim di Pulau Pinang pada 4.30 petang semalam.

Azeez merujuk kepada laporan berita yang melaporkan Lim meminta Consortium Zenith Construction Sdn Bhd menjelaskan dakwaan RM22 juta dibayar kepada seorang ahli perniagaan dan seorang Ahli Parlimen berhubung projek 3 jalan raya dan terowong dasar laut yang dijalankan Zenith.

Lim berkata beliau tidak sedar dakwaan Zenith membayar RM19 juta pada seorang ahli perniagaan dan RM3 juta pada Azeez untuk menjalankan “khidmat rundingan”. Beliau tertanya mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menahan wakil rakyat Baling itu.

Dilaporkan Zenith menyerahkan surat tuntutan kepada mereka berhubung perkara itu “kerana didakwa gagal menjalankan tugas memberikan khidmat rundingan seperti perjanjian dengan Zenith pada Julai 2017”.

Bagaimanapun, firma undang-undang yang mewakili Consortium Zenith Construction Sdn Bhd menarik balik tuntutan terhadap Azeez.

Kelmarin, Azeez berkata firma itu bersetuju dirinya mangsa jaja nama. Azeez berkata firma itu membantu menyatakan perkara sebenar untuk membersihkan namanya.

Lim: Saya akan cabar saman itu

Sementara itu, dalam satu jawapan segera, Lim berkata beliau akan mencabar saman itu.

“Dia berhak untuk menyaman saya tetapi saya pasti akan mencabar saman itu,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Lim berkata beliau belum pulang ke Pulau Pinang dan belum membaca surat itu.

Beliau menambah pemimpin BN menyaman pembangkang adalah perkara biasa. #sumber


Thus Article Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf !

Itulah artikel Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/azeez-berikan-tempoh-empat-hari-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azeez Berikan Tempoh Empat Hari Pada 'Lim Guan Eng' Untuk Mohon Maaf !"

Catat Ulasan

Loading...