Loading...

Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?

Loading...
Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?
link : Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?

Baca juga


Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?

Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya? | Assalamualaikum wbt. Biasanya kalau kita tengok dekat botol krim muka kita atau sunblock mesti ada tulis SPF kan. Betul tak? Lepas tu, banyak jenis pulak tu SPF ni. Ada SPF15. Ada SPF30.  Ada SPF50. Tapi, yang mana pulak yang sesuai dengan kulit kita? Sebelum tu, cikla nak tanya korang, apa pulak sebenarnya SPF ni ye agaknya? Untuk pengetahuan korang, SPF merupakan singkatan singkatan bagi Sun Protection Factor dan ia ditentukan berdasarkan kepada seberapa lama ia boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?

Macam mana nak kira SPF ni ye? 

Menurut Dr. Erna Nadia dalam Facebook pagenya di SINI, berikut merupakan contoh pengiraannya. Jom kita fahamkan sama-sama. 

Cara macam mana nak kira sejauh mana ia boleh melindungi kulit kita. Contohnya, SPF15.

Tolak satu dari nilai SPF itu. Contohnya, SPF15, maknanya (15(SPF) -1)/15(SPF) iaitu 0.93. So, 93% sunblock itu dapat melindungi kulit kita dari sinaran uv. Teknik yang sama untuk nilai SPF yang berlainan.

Untuk pengetahuan korang, setiap warna kulit yang berbeza, maka kadar pertahanannya terhadap sinaran UV juga berbeza. Bagi mereka yang berkulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit, yang berkulit kuning langsat pulak biasanya 15 minit, manakala yang berkulit sawo matang bertahan 20 minit. Ini menunjukkan, semakin gelap kulit kita, semakin tinggi daya ketahanannya di bawah sinaran UV disebabkan oleh kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Berikut merupakan kaedah untuk mengira tempoh masa SPF melindungi kulit mengikut jenis kulit, iaitu :

Kalau mereka yang berkulit putih menggunakan  SPF15, so sunblock yang digunakan itu akan mengambil masa lebih kurang 15 (nilai SPF) x 10 (masa yang dianggarkan ia dapat bertahan ikut warna kulit) = 150 minit untuk bertahan. Sama jugak pengiraannya untuk mereka yang berkulit kuning langsat dan sawo matang.
So, korang faham tak?


Apa lagi tip lain untuk memilih sunblock? 

Kalau korang nak tau, selain dari nilai SPF, tip untuk memilih sunblock yang sesuai adalah ia mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B. Apa pulak benda alah ni? Haha. Meh baca lagi...


UV A adalah merujuk kepada sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit kita yang mana ia boleh menyebabkan kulit kita jadi kusam, berkedut, dan nampak lebih tua. Manakala, UV B pulak merupakan sinaran yang tak menembusi lapisan kulit kita dan ia hanya menyerang lapisan luar kulit je. So, sebab itulah kita kulit kita jadi burn bila terdedah kepada matahari secara berlebihan.

Selain dari SPF, ketahanan kepada UV A dan UV B juga sama pentingnya. Kadang-kadang, korang mesti lernah ternampak kan ada sunblock tu hanya tertulis PA+++ sahaja? Apa pulak maknanya tu? Sebenarnya, PA merupakan pengiraan untuk UV A, dan +++ pula bermaksud kadar kekuatan UV A di dalam sesuatu sunblock itu. Maknanya, kalau sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++ je, ia tak mempunyai pertahanan UV B.


Kesimpulannya, kalau aktiviti harian korang tak memerlukan korang untuk terdedah di bawah sinaran mentari dalam tempoh yang lama atau terdedah masa jangka masa yang singkat (kurang dari 4 jam), SPF15 pun dah memadai. Tapi, kalau sebaliknya dan korang juga selalu berpeluh, elok gunakan SPF30. Lainlah, kalau kulit korang memang tersangatlah putihnya mengalahkan salju, SPF50 lah yang sesuai untuk korang. Apa yang korang kena tau adalah perbezaan SPF hanya pada jangkamasa atai tempoh ia boleh bertahan je, tapi kekuatannya adalah lebih kurang sama. So, kalau takde keperluan SPF yang rendah pun dah ok dah. Selain itu, kalau korang nak berenang di laut atau melakukan aktiviti dalam air, kena lebih kerap apply sunblock sebab rasanya belum ada sunblock yang waterproof kan. Masuk dalam air je, it's gone!

Sebaiknya, gunakanlah sunblock setiap hari untuk mengurangkan kulit kita terkena pancaran matahari berlebihan yang akhirnya akan menjadikan kulit semakin nipis ditambah pulak dengan masalah kulit yang lain seperti jeragat  dan jerawat. Apa yang paling kita takut adalah kanser kulit. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah. Amin. Jangan lupa jugak korang perlu minum air kosong secukupnya supaya kulit kekal lembab dan anjal sentiasa.

Semoga bermanfaat.




Thus Article Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?

Itulah artikel Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/apakah-itu-sun-protection-factor-spf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apakah itu Sun Protection Factor, SPF dan kepentingannya?"

Catat Ulasan

Loading...