Loading...

Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman

Loading...
Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman
link : Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman

Baca juga


Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman

 
Timbalan pengerusi Biro Undang-Undang Amanah menyifatkan tindakan kira-kira 10 anggota polis menahan Mazlan Aliman pada 1.35 pagi Khamis lalu seperti penjenayah tegar dan berbahaya. 


Wan Anwar Wan Ibrahim (kiri) menemani Mazlan Aliman (tengah) berjalan keluar dari Balai Polis Jinjang, selepas dibebaskan hari ini.


PETALING JAYA: Amanah hari ini mempersoalkan tindakan polis menghantar kira-kira 10 anggota untuk menahan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman Khamis lalu.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim menyifatkan tindakan polis menahan Mazlan pada 1.35 pagi Khamis lalu seperti penjenayah tegar dan berbahaya.

“Beliau (Mazlan) bukanlah seorang penjenayah dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah.

“Tambahan daripada itu, Mazlan sendiri selalu memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis setiap kali keterangan beliau perlu diambil untuk sebarang kes,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Anwar yang juga peguam Mazlan mengumumkan aktivis Felda itu yang direman sejak Khamis lalu, dibebaskan 12 tengah hari tadi di Balai Polis Jinjang.

Katanya, ahli Jawatankuasa Pusat Amanah itu dibebaskan lewat sejam berbanding jangkaan 11 pagi yang diumumkannya semalam kerana ada prosedur yang perlu diikuti.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, polis belum memaklumkan sama ada Mazlan akan dihadapkan ke mahkamah.

Beliau berkata, Biro Undang-Undang Amanah akan memantau kes itu dan membela Mazlan di mahkamah sekiranya beliau didakwa.

Kataya, Mazlan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia 1998, berikutan ceramahnya pada 1 Mac lalu di Kerteh, Terengganu.

“Namun, sebelum dibebaskan, Mazlan Aliman sekali lagi diambil keterangan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dipercayai berikutan ceramah sama,” katanya.

Polis menahan Mazlan awal pagi Khamis lalu, selepas Datin Seri Rosmah Mansor membuat laporan polis terhadapnya Isnin lalu kerana mendakwa isteri perdana menteri itu terlibat dalam projek penternakan ikan sturgeon yang menelan berjuta ringgit oleh Felda, tetapi gagal dilaksanakan.

Projek itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu, di mana 5 pegawai kanan Felda ditahan pada 24 Januari 2017 kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta sejak 2014.

Mazlan dalam sebuah ceramah bulan ini mendakwa beliau diberitahu seorang pegawai Felda yang ditahan SPRM, projek penternakan ikan itu mendapat “restu” Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah menasihatkan pegawai Felda cara menggerakkan projek terbabit.



Thus Article Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman

Itulah artikel Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/amanah-persoal-10-polis-tahan-aktivis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah persoal 10 polis tahan aktivis Felda Mazlan Aliman"

Catat Ulasan

Loading...