Loading...

Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 !

Loading...
Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 !
link : Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 !

Baca juga


Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 !


BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para pengundi di negara ini agar tidak sesekali berniat menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana kononnya 'tidak selesa' dengan kerajaan sedia ada.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti berkata rakyat seharusnya memilih sebuah kerajaan yang telah terbukti serasi dan selesa dengan rakyat bagi memastikan negara dapat terus dibangunkan. "Jangan cuba tanggal baju lama untuk cuba baju baharu kerana belum tentu ianya sesuai dengan badan. Baju lama juga sedap.

Kalau kita badan kecil jangan pakai baju besar, kalau badan besar jangan cari baju kecil, cari baju yang sepadan iaitu kerajaan sedia ada. Nak tukar-tukar selera buat apa "Biar pakai lama sedikit tetapi selesa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Karnival Jalinan Peladang peringkat negeri di Parlimen Bagan Datuk di Perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata walaupun pihak pembangkang mendakwa mereka mempunyai program pembangunan yang lebih baik untuk rakyat, namun fakta sedia ada jelas menunjukkan sebaliknya.

"Tentulah ada orang lain akan kata kalau mereka diberikan kepercayaan mereka ada program yang lebih baik.

Allah SWT takdirkan tiga negeri (pembangkang) yang 'tangki airnya' (peruntukan) bukan datang dari Putrajaya, apa mereka sudah buat untuk kita" Semuanya datang dari 'tangki air besar' (kerajaan pusat) juga," katanya.

Justeru Ahmad Zahid berkata, jika kerajaan BN diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan pada PRU akan datang maka segala 'keselesaan' dan 'keserasian' yang dinikmati rakyat ketika ini dapat diteruskan. #sumber


Thus Article Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 !

Itulah artikel Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/zahid-hamidi-jangan-cuba-cuba-tukar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid Hamidi: "Jangan" Cuba-Cuba Tukar "Baju Baharu" Pada PRU14 !"

Catat Ulasan

Loading...