Loading...
Tajuk : Van keselamatan bawa wang RM4 juta terbalik
link : Van keselamatan bawa wang RM4 juta terbalik
Van keselamatan bawa wang RM4 juta terbalik
THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM4 juta terbalik setelah dirempuh oleh sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina di Jalan Lapangan Terbang Subang ketika menghala ke Puchong, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, pemandu van berkenaan secara tiba-tiba memasuki laluan depan kereta Grand Livina, lalu menyebabkan pemandu kereta itu tidak sempat mengelak dan melanggar van dari belakang.
“Hasil pelanggaran itu menyebabkan van berkenaan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di tengah jalan raya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata dua pengawal keselamatan cedera ringan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk rawatan manakala pemandu van keselamatan dan wanita yang memandu kereta itu tidak mengalami kecederaan.
Mohd Zani berkata semua wang dalam van keselamatan itu selamat dan dipindahkan ke van lain.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/159 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.- Bernama
Thus Article Van keselamatan bawa wang RM4 juta terbalik
Itulah artikel Van keselamatan bawa wang RM4 juta terbalik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Van keselamatan bawa wang RM4 juta terbalik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/van-keselamatan-bawa-wang-rm4-juta.html
0 Response to "Van keselamatan bawa wang RM4 juta terbalik"
Catat Ulasan