Loading...

Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT

Loading...
Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT
link : Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT

Baca juga


Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT


Persatuan Pengusaha Kem Khidmat Negara (PPKN) bersedia bertemu NGO Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) berhubung dakwaan bahawa program Latihan Khidmat Negara (PLKN) umpama 'kem percutian'.
Presiden PPKN Datuk Seri Ahmad Kamil Ibrahim berkata, kenyataan NGO pesara tentera itu mengenai program PLKN seperti yang disiarkan Malaysiakini adalah tidak tepat.
Sebaliknya beliau berkata program PLKN 2.0 telah melalui era transformasi apabila Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengadakan Makmal Transformasi PLKN pada tahun 2015 bagi mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan berhubung transformasi yang ingin dilaksanakan terhadap PLKN.
"PPKN amat menyokong usaha kerajaan dalam menambahbaik program ini dan melihat transformasi yang dilaksanakan ini memberi nafas baru ke atas PLKN.

"Oleh itu, PPKN bersedia untuk mengadakan perjumpaan bersama antara PATRIOT dan JLKN bagi menjelaskan mengenai PLKN 2.0," kata nya dalam kenyataan hari ini.
Beliau sementara itu turut mengalu-alukan cadangan dan penambahbaikan daripada PATRIOT bagi meningkatkan lagi keberkesanan program ini.
Pada 14 Februari lalu anggota PATRIOT, Mejar (B) Ismail Jr Feisol dalam sidang media di pejabat NGO itu berkata kem PLKN dikendalikan 'seperti kem percutian' oleh jurulatih yang dipersoalkan semangat cintakan negaranya.
Susulan itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas kenyataan itu dan mempersoalkan motif kumpulan veteran berkenaan mengkritik PLKN.
Hishammuddin dilapor berkata semua kumpulan diberi ruang untuk menyuarakan cadangan sebelum ini.
“Mengapa baru sekarang mereka timbulkan isu ini? Mereka mahu cadangkan program apa untuk menyemai patriotisme dalam kalangan belia?” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo Perkasa Perwira pada 15 Februari lalu.- MK


Thus Article Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT

Itulah artikel Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/tuduh-plkn-macam-kem-percutian-ppkn-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tuduh PLKN macam kem percutian, PPKN nak jumpa PATRIOT"

Catat Ulasan

Loading...