Loading...
Tajuk : Trafik perlahan di lebuh raya utama
link : Trafik perlahan di lebuh raya utama
Trafik perlahan di lebuh raya utama
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini berikutan pertambahan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing.
Sehingga 4.15 petang, keadaan trafik yang perlahan dilaporkan di beberapa lokasi di kawasan utara, selatan dan pantai timur.
Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata trafik bergerak perlahan dari Seberang Jaya ke Perai, Bukit Tambun menuju ke Bandar Casia, Bandar Casia menghala ke Jawi dan Cangkat Jering menghala Bukit Berapit.
“Trafik turut perlahan dari Terowong Menora menghala ke Jelapang, Slim River menuju ke Bidor dan Simpang Pulai ke Tapah disebabkan peningkatan jumlah trafik yang tinggi.
“Selain itu, terdapat juga kemalangan kecil melibatkan kereta di KM152.3 dari Bukit Tambun ke Jawi. Bagaimanapun, tiada lorong terhalang di lokasi kejadian,” katanya dilapor sebuah agensi berita.
Di Selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Ayer Hitam menghala ke Yong Peng, Machap ke Simpang Renggam serta Kulai ke Simpang Renggam.
Bagi pantai timur pula, menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia, aliran trafik perlahan selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Terowong Genting Sempah manakala laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.
Thus Article Trafik perlahan di lebuh raya utama
Itulah artikel Trafik perlahan di lebuh raya utama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Trafik perlahan di lebuh raya utama dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/trafik-perlahan-di-lebuh-raya-utama.html
0 Response to "Trafik perlahan di lebuh raya utama"
Catat Ulasan