Loading...

Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan

Loading...
Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan
link : Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan

Baca juga


Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan


 Oleh

Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak lagi mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) serta logo yang telah dicadangkan sebelum ini kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Gobind Singh Deo.

Menurutnya, isu melibatkan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah pun selesai dan berharap ROS dapat memberikan maklum balas mengenai pendaftaran PH secepat mungkin.

“Pada 20 november 2017 lalu, satu pertemuan telah diadakan antara ROS dan wakil-wakil PH di mana kami tanya tentang status pendaftaran PH dan logo.

“Saya difahamkan oleh kerana wujud masalah mesyuarat agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan CEC DAP, maka pendaftaran PH tak dapat diputuskan lagi.

“Sekarang, apa yang menjadi masalah pada 20 November telah pun selesai. Saya dimaklumkan PPBM sudah pun laksanakan apa yang diperlukan dan hantar laporan kepada ROS baru-baru ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP sebentar tadi.

Ahli Parlimen Puchong itu berharap agar ROS dapat memberikan maklum balas mengenai pendaftaran PH secepat mungkin dan akan menulis surat kepada agensi itu berhubung perkara tersebut.

“Tidak ada sebab ROS untuk lengah-lengahkan perkara ini lagi. Kami akan tulis surat kepada ROS berikan had masa supaya mereka balas persoalan mengapa belum lagi pendaftaran pakatan harapan diluluskan.

“Jika masih tak dapat jawapan kita akan mengambil tindakan mahkamah supaya kami dapat memutuskan perkara itu sebab masa ini itulah yang kita cadangkan,” katanya lagi.

ROS pada 3 Februari dilaporkan telah mengesahkan bahawa pemilihan semula CEC DAP pada 12 November tahun lalu yang telah diaudit oleh firma antarabangsa Grant Thornton mematuhi syarat sebagaimana ditetapkan jabatan itu.

Surat makluman mengenai pengiktirafan kepimpinan tertinggi DAP itu telah dikeluarkan semalam, 5 Februari 2018. – Roketkini.com



Thus Article Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan

Itulah artikel Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/tiada-lagi-alasan-ros-lengahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada lagi alasan ROS lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan"

Catat Ulasan

Loading...